Tuesday, October 27, 2009

kerana keyakinanmu (episod pertama)

Posted by Ina zz at 4:33 PM
Penghujung 2007..

cahaya mentari di ufuk timur mula memancar cahayanya. menyelinap masuk ke ruang kamar tidurku. sesekali bayangan pohon jambu menjamah ke ruangan wajahku. seolah2 ingin membangunkanku dan langsung menyedarkan ku dari lena. kelihatannya sudah agak pagi. jam di ruang tamu berdenting nyaring menunjukkan 8 pagi. mengeluh sepi. tak terfikir untuk bermalas-malasan di katil usangku. ku bangkit. kelewatan lagi. hari ini pasti seperti hari2 yang lalu. telingaku bersedia untuk dijamah dengan bebelan ibu walaupun seawal pagi yang hening ini. itulah aku. cuti semester membuatku agak malas untuk bangun awal. usai solat subuh, mata ku dipejam kembali. dan inilah hasilnya. mudahnya mendapat ceramah ibu awl2 pagi sebegini.

sarapan bersama ibu dan ayah membuat makanan dihadapanku menyelerakan. begitu meriah di ruang makan walaupun hanya bertiga. kakak2 ku tiada di rumah kerana masing2 bekerja jauh dari kampung halaman. yang tinggal hanya adik2 ku. itupun masih lagi enak di buai mimpi. usai sarapan, tanganku lincah menyiapkan segala kerja rumah. bimbang bebelan ibu terbawa2 ke petang. telinga ku ini agak sensitif juga untuk mendengarnya sepanjang masa. takut2 mulutku sempat menyentuh hati tuanya. bimbang juga rajuknya tak terpujuk. selesai kerja rumah, rancangan televisyen tersiar di bola2 mata ku. siaran demi siaran di tukar namun tiada apa yang membangkitkan minatku untuk menontonnya. ku capai buku la tahzan karangan dr.Aidh cuba untuk mengisi masa terluang. sudah pun hampir separuh ku membacanya sepanjang cuti ini. bagiku, karangan penulisannya lebih bernada memujuk diriku. menyedarkan dan memberi inspirasi untuk terus hidup. menelaah karangan beliau merasakan aku ditakdirkan cukup sempurna dan bernasib baik diantara yang lain. merasa cukup bertuah di dunia ini jika dibandingkan dengan insan lain yang lebih menderita daripada diri ku sendiri. segala puji bagiMu, ya Allah dengan sebanyak2 pujian untukMu.

terasa bagaikan tangan kasar menyentuh lembut wajahku. kedengaran suara ibu menyatakan sesuatu. rupa2nya ku tertidur di ruang tamu sambil memeluk erat buku. entah bila ku terlelap. dalam kemamaian itu, ku bangkit menyusul ibu ke ruang dapur. sudah jam 11 pagi rupanya, agak lewat juga ibu naik ke rumah untuk menyiapkan masakan tengah hari. mungkin ibu asyik sangat berbual2 dengan jiran2 di tepi rumah. ada sahaja yang dibualkannya. tengah hari ini, ayah pasti balik . bercakap pasal ayah, setegas2 ayah, ayah lah paling cool dalam rumah ini. cool bile mendengar bebelan ibu. mungkin bagi ayah, bebelan ibu bagaikan alunan musik yang mengasyikan. mungkin. ku tiada kepastian tentang itu.

ku hanya memerhatikan ibu memasak dan menolong sekadar yang ku mampu. sambil memasak, jenuh juga ku mendengar celoteh ibu. macam2. ku hanya mampu mendengar dan sekali sekala menyampuk. untuk kesekian kali, telinga ku kurang enak bila menangkap soalan ibu berkaitan jodoh ku. huh. aku mengeluh kasar. malas untuk menjawab persoalan ibu. membiarkan ibu dengan persoalannya itu sendirian tanpa jawapan. akhirnya, sambal udang, singgang kepala ikan, dan sayur goreng siap tersedia untuk hari ini. lega.

kebosanan melanda diriku. hendak menyambung pembacaan. moody. ntah kemana perginya mood ku hari ni. mungkin hilang dek bebelan berpanjangan ibu dari pagi membawa ke tengah hari. sabar itu sebahagian daripada iman. ku tenangkan hati ku sendirian. moga hatiku senang dan bahagia. melihat ibuku sudah pun lena di atas sofa. kelihatannya sungguh penat. kata ibu ingin melelapkan mata sekejap. dalam kebosanan itu, ku cuba membuka laptop usang ku. meneliti dokumen2 yang ada di dalamnya. melihatkan ikon google chrome, keinginan untuk melayari internet memuncak. seingat ku sudah agak lama ku tidak melayari internet. hampir 5 bulan. tiada masa untuk melayari internet kerana kesibukan waktu belajar ku.
tanganku lincah menyambungkan laptopku pada wayar streamyx. penyambungan itu tidak mengambil masa yang agak lama. smile YM tersenyum kuning menandakan ku sudah pun online. penyambungan automatik. namun hampa tiada seorangpun kawan2 ku yang online. ku cuba membuang masa dengan memasuki ruangan chat. tiada kesempatan untuk memilih chater. tanpa ku sedar, ramai chater yang menegur ku. mungkin hari ini ramai yang kebosanan macam aku. mengeluh lagi. ruangan chat memang seperti ini. tidak sampai 10 minit dalam ruangan itu, ku gerakkan tetikus ke arah sign off. ku ingin keluar dari ruangan chat. lebih baik ku sambung pembacaan ku daripada membuang masa. akal menghitung. tiba-tiba seorang chater memberi salam. dia menarik perhatian ku.


0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review