Sunday, July 18, 2010

alergi

Posted by Ina zz at 10:41 PM 3 comments
selagi xalergi..takde sape pun tahu yang die tu sebenarnya ada alergi..

sejarah bermula dengan gulai lemak ketam..ni adalah favorite ku sejak kecik ag..nak jadikan cerita plak..kaklong dan abang xleh makan ketam..kalu makan ketam..siap la..badan react sepantas kilat menunjukkan tanda protes terhadap ketam..huhu..ku?..ku happy la..bahagian diorang, leh la ku rembat..dalam sehari, ku leh makan 3 ekor ketam sekaligus..biasa la..3 ekor ketam pun..isi tarakkk adaa..huhu..

Kempunan nak makan ketam ni bila ku duk jauh dari family..kira2 agak bertahun jugak ku tak bertemu dengan ketam sebagai makanan aku seharian..suatu hari..hari yang menyebabkan ku tak mau dah makan ketam sapai bile2..mak masak gulai lemak ketam..pe tunggu lagi..makan la ketam..pergh..sedap sungguh la..tengah hari tu sempat makan skit je (skit la sgt)..hehe..kuah lemak tu ku siap hirup2 agi..sambil duk makan..mak cakap abang alergi ngam ketam..sama mcm kaklong..khabar baik bagi penggemar ketam mcm ku ni..huhu~

bak kata orang..makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan..ketam itu juga ku hadap pada malamnya..siap dapat green light dari mak untuk habiskan ketam..de la dalam 2,3 ekor ketam ag..tak tunggu ape2..sume ketam tu dah tersadai dalam perutku..sambil makan sambil mengejek abang sebab dia xleh makan ketam tp suka ketam..aduh!..

padahnya..di waktu pagi yang hening..tetiba ku terjaga dari tidur..sebabnya ku tak leh bernafas..rasa semput..rasa macam serang asma je..huhu..badan ku dah naik bedam2 (pe ek bahasa standard)..ala macam kena gigit nyamuk tu..gatal2 kat sluruh badan..dan paling xtahan..ku muntah...uweeekkk..kuar sume ketam yang ku makan semalam..xleh tido sepanjang malam..huhu..

moral of the story..jgn makan ketam kalu dah taw diri alergi ngam ketam..hari ini, mak masak ketam agi..alamakk! terliur bangat..tp nasib badan..kuah ketam pun dah wat badan2 ku kembali gatal2..tolongggg...dan buat pertama kalinya, ku pantang dengan ketam..huhu~


Tapai pulut Tapai ubi Air nira Air tuak

Posted by Ina zz at 10:01 PM 0 comments
Khamar merupakan minuman keperluan bagi penduduk tanah arab suatu ketika dulu. Namun, kedatangan Islam mengharamkan minuman khamar secara berperingkat kerana mudaratnya lebih besar berbanding manfaatnya. Pengharaman khamar ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah;

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar(1) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir. surah al baqarah 2:219
(1) segala minuman yang memabukkan

Bahkan tindakan individu meminum khamar dan tidak bertaubat sebelum dia meninggal dunia akan mendapat balasan di akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh Ibn Umar:
Allah's Apostle said, "Whoever drinks alcoholic drinks in the world and does not repent (before dying), will be deprived of it in the Hereafter." Bukhari 7:69:481

Jabir reported that a person came from Jaishan, a town of Yemen, and he asked Allah's Apostle (may peace be upon him) about the wine which was drunk in their land and which was prepared from millet and was called Mizr. Allah's Messenger (may peace be upon him) asked whether that was intoxicating. He said: Yes. Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Every intoxicant is forbidden. Verily Allah the Exalted and Majestic, made a covenant to those who drank intoxicants to make their drink Tinat al-Khabal. They said: Allah's Messenger, what is Tinat a]-Khabal? He said: It is the sweat of the denizens of Hell or the discharge of the denizens of Hell. Muslim 23:4962

Berbalik kepada tajuk utama artikel ini. Proses membuat makanan ini mirip seperti pemprosesan arak/khamar. Persoalannya, adakah makanan ini juga tergolong dalam kategori haram untuk dimakan/diminum?? Lebih merisaukan lagi apabila makanan ini menghasilkan suatu produk yang memabukkan dalam suatu tempoh tertentu sama juga seperti arak/khamar. tidak dapat disangkal sesuatu yang memabukan itu khamar dan khamar itu adalah haram.

Ibn 'Umar, through another chain of transmitters; reported Allah's Messenger (may peace be upon him) having said this: Every intoxicant is Khamr and every intoxicant is forbidden. Muslim 23:4964

Narrated 'Aisha:
Allah's Apostle was asked about Al-Bit (wine made from honey). He said, "All drinks that intoxicate are unlawful (to drink.) Bukhari 7:69:491

Abu Musa reported: Allah's Apostle (may peace be upon him) sent me and Mu'adh b. Jabal to Yemen. I said: Allah's Messenger, there is prepared in our land a wine out of barley which is known as Mizr (beer of our times) and a wine from honey which is known as Bit, (are these also forbidden? ), whereupon he said: Every intoxicant is forbidden. Muslim 23:4959

Walaubagaimanapun, produk fermentasi yang tidak memabukkan adalah halal dimakan. contohnya seperti nabidh (peraman kurma atau anggur). ini dijelaskan lagi dalam hadith rasulullah saw;

Ibn 'Abbas reported that Nabidh was prepared for Allah's Messenger (may peace be upon him) in the waterskin, Shu'ba said: It was the night of Monday. He drank it on Monday and on Tuesday up to the afternoon, and If anything was left out of it he gave it to his servant or poured it out. Muslim 23:4972

Yahya Abu 'Umar al-Nakhai reported that some people asked Ibn Abbas about the sale and purchase of wine and its commerce. He asked (them): Are you Muslims? They said, Yes. Thereupon he said: Its sale and purchase and its trade are not permissible. They then asked him about Nabidh and he said: Allah's Messenger (may peace be upon him) went out on a journey and then came back and some persons amongst his Companions prepared Nabidh for him in green pitcher, hollow stump and gourd. He commanded it to be thrown away, and it was done accordingly. He then ordered them (to prepare it.) in a waterskin and it was prepared in that by steeping raisins in water, and it was prepared in the night. In the morning he drank out of that and on that day and then the next night, and then on the next day until the evening. He drank and gave others to drink. When it was morning (of the third night) he commanded what was left of that to be thrown away. Muslim 23:4975

Dan semestinya banyak hadith yang meriwayatkan tentang "bolehnya" nabidh ini oleh perawi hadis dan jalan periwayatan yang berbeza. Secara scientifiknya, tempoh dibolehkan air peraman buah-buahan ini berbeza bergantung kepada faktor persekitaran yang meningkatkan atau mengurangkan kadar fermentasi. Sesungguhnya, peribadi rasulullah saw adalah lebih gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara yang di murkai oleh Allah (terminum nabidh yang memabukkan). dan itulah sebaik ikutan yang perlu dicontohi.

Hadis di atas juga ada menyebut tentang bekas fermentasi yang dilarang oleh rasulullah seperti green pitcher, hollow stump and gourd (cari gambar kat google). Tidak diketahui mengapa diharamkan penggunaan bekas sedemikian dalam penyediakan nabidh. Namun di tegaskan disini, bukan bekas atau sememangnya bekas yang menjadikan sesuatu produk itu halal ataupun tidak, tetapi setiap yang memabukkan itulah yang diharamkan.

Ibn Buraida, on the authority of his father, reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: I had forbidden you (from the preparation of Nabidh) and drinking it in certain vessels, (but now you may do so if you like) for it is not vessels or a vessel that makes a thing lawful or unlawful. It is every intoxicant that is unlawful.Muslim 23:4953

Hukum yang haram adalah haram dan hukum yang halal adalah halal. Ini adalah hak Allah semata2 yang hanya Dia sahaja dapat menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Namun, pastinya ada jalan untuk mencari sesuatu hukum pada sesuatu persoalan dan ia mestilah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh itu, jika dikaitkan penyediaan nabidh dengan penyediaan tapai pulut atau tapai ubi mempunyai persamaan iaitu prosesnya menghasilkan produk yang begitu enak untuk dinikmati. Produk ini juga akan berubah menjadi sesuatu yang memabukkan dalam masa yang tertentu. Sepertimana, air nira (dari pokok nira) ataupun air tuak (dari pokok kelapa) yang diperam dalam suatu masa tertentu juga bertukar sifatnya yang enak diminum kepada memabukkan.

Sebagai kesimpulannya, selagi mana produk makanan yang melalui proses fermentasi itu tidak memabukkan, maka produk makanan itu halal untuk dimakan. Jika sebaliknya berlaku dan telah dijelaskan..tiap yang memabukkan itu adalah khamar dan tiap khamar itu adalah haram.

Jika terdapat sebarang khilaf dalam artikel ini dan mohon pencerahan. wassalam..

Monday, July 12, 2010

cuba berfikir

Posted by Ina zz at 5:39 PM 2 comments
sudah hampir 3 bulan..
mencari2 jalan2 yang ingin sekali ku memulakan langkah pertama..
ya..langkah baru setelah tamat pengajian..

sambung blaja?

cari kerja?

bukak niaga?

em..

dah lame menelaah mencari idea..kadang2 sampai terbawak ke alam mimpi..mujur jugak takde tekanan dari orang sekeliling..cume kadang2 t'dgr jugak jiran2 sebelah rumah mengata2..peduli ape ku kata2 depa..yang penting sekarang..cari dulu pe jalan yang harus ku mulakan langkah pertama..pe yang ku nak buat..

kalau dah malas nak sambung blaja (erk..bkn mlas..KIV lu..lagipun memang niat menggunung tinggi nak sambung blaja..apakan daya..restu ibu bapa is the number one kalu nak wat pe2 apatah lagi nak blaja..huhu sabar ye)..yang ni memang dah masuk blacklist..huu

cari kerja??em..kerja ape?em..rezeki tu ade kat mane2..lambat atau cepat..dari duk tunggu melalut baik cari kerja part time..leh isi mase lapang sementara tunggu kerja tetap..jangan bekukan kepala dari terus tidak berfikir..fikir..fikir..fikir..

9/10 keuntungan tu datangnya drpd perniagaan..bab kate usahawan..niaga ni de 2 je pengakhiran..satu berjaya dan terus berjaya..satu lagi gagal tetapi harus bangkit semula..pe2 hal kena berani amik rsiko..bukan nak crite pasai pe yang akan jadi pada masa akan datang..sbb tiada sape pun tahu pe yang jadi esok..tetapi macam mane nak mulakan langkah pertama kalu nak ceburi bisnes ni..em..fikir..fikir..fikir..xmao fikir..bace buku niaga!

yes! ku mesti buat keputusan..dan selebihnya serahkanlah kepadaNya..yang maha pemurah dalam menurunkan rezeki untuk setiap makhlukNya..


Tuesday, July 6, 2010

kerana keyakinanmu (akhir)

Posted by Ina zz at 7:38 PM 0 comments
berita kematianmu cukup meremukkan hati kecil ku. betapa tidak ku sangka Allah lebih sayangkan mu dan Dia menjemput dirimu lebih awal untuk pergi menghadapNya. berkali2 ku pujuk diriku agar tidak menyalahkan diri sendiri atas kematianmu. namun, sangkaan nakal itu tetap jua kunjung tiba. tiada segan menghamburkan kesalahan di atas mukaku sendiri. hari demi hari, ku rasakan tiada bermaya. tiada hala tujuan. tiada warna. pergimu membawa segala yang pernah kau titipkan untuk ku. segala dorongan. segala nasihat. segala bimbingan dan didikan.

Sungguh mimpi ku di suatu kala malam, merencana sebuah satu perubahan yang ketara dalam diri ku. paparan samar lakaran wajahmu hadir dalam mimpiku. mengajak ku terus bangkit dan berjuang demi diri ku sendiri. walaupun tanpa dirimu disisiku. sandarkan segala usaha yang terlabur dalam capaian akan sesuatu, hanya kepadaNya, Allah yang maha berkuasa terhadap makhluk ciptaaNya. barangkali tiada keyakinan langsung untuk mempercayai akan mimpi itu. kata2 itu tetap bergema diruang fikiran ku. menjadikan mata yang tertutup selama ini terbuka seluasnya.


Anjakan paradigma itu melahirkan ku semula ke dunia fana yang penuh pancarabo laluannya. berbekalkan segala nasihat, didikan dan bimbingan mu dulu, ku melangkah kembali. ku kini kian yakin akan kata2 mu dulu.


"Fathi Amin yakin Nur Hanna bisa berubah menjadi muslimah sejati suatu hari nanti"


Muslimah sejati? terlalu berat "title" itu untuk ku pegang ketika itu. tiadapun satu keinginan untuk dilabelkan sebagai muslimah sejati juga. tetapi memadailah, hijrah ku ke arah kebaikan ini diredhai olehNya. kerana keyakinanmu jualah akan ku teruskan perjuangan ini.
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review