Tuesday, October 27, 2009

kerana keyakinanmu (episod pertama)

Posted by Ina zz at 4:33 PM 0 comments
Penghujung 2007..

cahaya mentari di ufuk timur mula memancar cahayanya. menyelinap masuk ke ruang kamar tidurku. sesekali bayangan pohon jambu menjamah ke ruangan wajahku. seolah2 ingin membangunkanku dan langsung menyedarkan ku dari lena. kelihatannya sudah agak pagi. jam di ruang tamu berdenting nyaring menunjukkan 8 pagi. mengeluh sepi. tak terfikir untuk bermalas-malasan di katil usangku. ku bangkit. kelewatan lagi. hari ini pasti seperti hari2 yang lalu. telingaku bersedia untuk dijamah dengan bebelan ibu walaupun seawal pagi yang hening ini. itulah aku. cuti semester membuatku agak malas untuk bangun awal. usai solat subuh, mata ku dipejam kembali. dan inilah hasilnya. mudahnya mendapat ceramah ibu awl2 pagi sebegini.

sarapan bersama ibu dan ayah membuat makanan dihadapanku menyelerakan. begitu meriah di ruang makan walaupun hanya bertiga. kakak2 ku tiada di rumah kerana masing2 bekerja jauh dari kampung halaman. yang tinggal hanya adik2 ku. itupun masih lagi enak di buai mimpi. usai sarapan, tanganku lincah menyiapkan segala kerja rumah. bimbang bebelan ibu terbawa2 ke petang. telinga ku ini agak sensitif juga untuk mendengarnya sepanjang masa. takut2 mulutku sempat menyentuh hati tuanya. bimbang juga rajuknya tak terpujuk. selesai kerja rumah, rancangan televisyen tersiar di bola2 mata ku. siaran demi siaran di tukar namun tiada apa yang membangkitkan minatku untuk menontonnya. ku capai buku la tahzan karangan dr.Aidh cuba untuk mengisi masa terluang. sudah pun hampir separuh ku membacanya sepanjang cuti ini. bagiku, karangan penulisannya lebih bernada memujuk diriku. menyedarkan dan memberi inspirasi untuk terus hidup. menelaah karangan beliau merasakan aku ditakdirkan cukup sempurna dan bernasib baik diantara yang lain. merasa cukup bertuah di dunia ini jika dibandingkan dengan insan lain yang lebih menderita daripada diri ku sendiri. segala puji bagiMu, ya Allah dengan sebanyak2 pujian untukMu.

terasa bagaikan tangan kasar menyentuh lembut wajahku. kedengaran suara ibu menyatakan sesuatu. rupa2nya ku tertidur di ruang tamu sambil memeluk erat buku. entah bila ku terlelap. dalam kemamaian itu, ku bangkit menyusul ibu ke ruang dapur. sudah jam 11 pagi rupanya, agak lewat juga ibu naik ke rumah untuk menyiapkan masakan tengah hari. mungkin ibu asyik sangat berbual2 dengan jiran2 di tepi rumah. ada sahaja yang dibualkannya. tengah hari ini, ayah pasti balik . bercakap pasal ayah, setegas2 ayah, ayah lah paling cool dalam rumah ini. cool bile mendengar bebelan ibu. mungkin bagi ayah, bebelan ibu bagaikan alunan musik yang mengasyikan. mungkin. ku tiada kepastian tentang itu.

ku hanya memerhatikan ibu memasak dan menolong sekadar yang ku mampu. sambil memasak, jenuh juga ku mendengar celoteh ibu. macam2. ku hanya mampu mendengar dan sekali sekala menyampuk. untuk kesekian kali, telinga ku kurang enak bila menangkap soalan ibu berkaitan jodoh ku. huh. aku mengeluh kasar. malas untuk menjawab persoalan ibu. membiarkan ibu dengan persoalannya itu sendirian tanpa jawapan. akhirnya, sambal udang, singgang kepala ikan, dan sayur goreng siap tersedia untuk hari ini. lega.

kebosanan melanda diriku. hendak menyambung pembacaan. moody. ntah kemana perginya mood ku hari ni. mungkin hilang dek bebelan berpanjangan ibu dari pagi membawa ke tengah hari. sabar itu sebahagian daripada iman. ku tenangkan hati ku sendirian. moga hatiku senang dan bahagia. melihat ibuku sudah pun lena di atas sofa. kelihatannya sungguh penat. kata ibu ingin melelapkan mata sekejap. dalam kebosanan itu, ku cuba membuka laptop usang ku. meneliti dokumen2 yang ada di dalamnya. melihatkan ikon google chrome, keinginan untuk melayari internet memuncak. seingat ku sudah agak lama ku tidak melayari internet. hampir 5 bulan. tiada masa untuk melayari internet kerana kesibukan waktu belajar ku.
tanganku lincah menyambungkan laptopku pada wayar streamyx. penyambungan itu tidak mengambil masa yang agak lama. smile YM tersenyum kuning menandakan ku sudah pun online. penyambungan automatik. namun hampa tiada seorangpun kawan2 ku yang online. ku cuba membuang masa dengan memasuki ruangan chat. tiada kesempatan untuk memilih chater. tanpa ku sedar, ramai chater yang menegur ku. mungkin hari ini ramai yang kebosanan macam aku. mengeluh lagi. ruangan chat memang seperti ini. tidak sampai 10 minit dalam ruangan itu, ku gerakkan tetikus ke arah sign off. ku ingin keluar dari ruangan chat. lebih baik ku sambung pembacaan ku daripada membuang masa. akal menghitung. tiba-tiba seorang chater memberi salam. dia menarik perhatian ku.


Friday, October 16, 2009

ABC..

Posted by Ina zz at 3:18 PM 0 comments
seteguh hatiku untuk menukilkan tulisan berkaitan dengan makanan. agak keberatan untuk menolak permintaan seorang sahabat untuk mengetahui tentang ilmu yang sempat ku pelajari lewat beberapa tahun ini. terasa berat sungguh tugas berdakwah dan betullah, yang paling berat adalah amanah sebagai khalifah Allah. ku bukanlah seorang ulama' ataupun seorang pensyarah tetapi ku hanya seorang pelajar yang masih lagi kurang ilmu tentang makanan. namun ku cuba untuk menulis dan berkongsi tentangnya serba sedikit.

setiap muslim wajib mencari makanan yang halal lagi baik untuk dimakan. sesungguhnya, makanan yang halal itu banyak dan bertaburan luas di atas muka bumi Allah ini. maka berusahalah mencari makanan yang halal dengan cara yang halal. dan tidak menjadikan makan makanan haram itu satu alasan disebabkan ketiadaan makanan halal melainkan dalam keadaan terdesak, dharuriyyat (akan dibincangkan di lain waktu). sebelum pergi terlalu jauh,marilah sama2 mengenal perkataan halal, haram dan beberapa perkataan lain terlebih dahulu =))..

halal
halal juga bermaksud dibolehkan, dibenarkan, diluluskan, dipersetujui..

tayyiban (lebih baik)
lebih baik merujuk kepada kualiti makanan tersebut seperti selamat, dalam keadaan baik dan bagus untuk dimakan.

beberapa firmanNya dalam menyeru hambaNya makan makanan yang halal lagi baik sepertimana yang termaktub dalam;

1) surah al Baqarah:168
"wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik...."

2) surah al-Maidah 5:88;
"..dan makanlah dari apa yang telah diberikan oleh Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal lagi baik.."

3) surah an-Nahl 16:114
"dan makanlah makanan yang halal lagi baik yang telah Allah sediakan untukmu."

haram
(yang berlawanan dengan halal)
contohnya; pork, darah, dan sepertimana dalam;

surah al-Maidah 5:3
"diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, daging yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam oleh binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala..."

dan hadith2 yang melarang memakan binatang bertaring, berkuku or berparuh dan sebagainya

mashbooh
diantara dua perkataan halal dan haram, tercipta kategori mashbooh yang bermaksud tidak diketahui status makanan tersebut, kemungkinan halal @ kemungkinan haram. lewat kebelakangan ini, pelbagai desas desus maklumat sesuatu makanan tersiar di laman2 web, mail yang berangkai, dan mungkin juga di ruangan akhbar tentang status halal/haram suatu produk makanan. malangnya, sejauh manakah kebenaran itu tercipta??? apakah buktinya?? adakah ia benar?? itulah mashbooh, tidak diketahui statusnya.

makruh
tidak digalakkan untuk makan makanan tersebut kerana berkemungkinan merbahaya.
contohnya;

1) nasi beriani gum yang dah basi --> boleh membawa kepada keracunan makanan
2) ayam goreng (ayam yang disuntik dengan unknown antibiotik yang tidak diluluskan) --> boleh membawa kesan pada jangka masa panjang.

kesimpulan, makanlah makanan yang halal lagi baik, moga2 kita terpelihara daripada mengikuti jejak langkah syaitan, musuh yang terang lagi nyata. disamping mendidik jiwa ke arah ketaqwaan kepada Allah. ingatlah kita hanya insan yang lemah dalam kembara hidup ini. tanpa panduannya. hilanglah arah maka kelamlah jalan yang dilalui. Al-Quran dan As-Sunnah pegangan kita. ingat! bukan hak kita dalam menetapkan pe yang halal dan pe yang haram. yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. kerana yang lebih berhak hanya Allah semata2, sedangkan nabi Muhammad saw hanya menyampaikan kepada umatnya.wassalam.


Sunday, October 11, 2009

Apa Ada Pada Cinta

Posted by Ina zz at 7:42 PM 0 comments
Bercakap je pasal cinta, semua orang pasti terpegun. yang dah tido2 ayam, bangun. yang tengah makan, berhenti. yang tengah berborak, diam. semua bagi fokus sepenuhnya. hehe..harap2 dapat fokus dan faham=).

cinta dan bercinta, dua perkara yang berbeza.

cinta adalah perasaan yang lahir secara fitrah dari hati yang tulus. pastinya ia suci tanpa noda. cinta inilah juga anugerah yang tak ternilai. kurniaan Allah untuk hamba2Nya. memang tidak boleh nafikan, sungguh indah perasaan ini jika ia ditatang pada jalan yang sahih. saluran yang benar, akan membawa ke syurga duniawi dan ukhrawi.

bercinta pula merujuk kepada perlakuan untuk mengexpressikan cinta. mungkin dengan cara yang halal dan mungkin juga dengan cara yang salah.

bercintalah selepas nikah. inilah sebetul2nya tetapi tidak bermakna tiada rasa cinta sebelum nikah. inilah satu cabaran untuk merasai kenikmatan cinta. kemanisan itu pastinya akan dirasai tiap yang menjaga cintanya dengan sebaik-baiknya dan bercinta dengan orang yang selayaknya (suami/isteri). tawanlah nafsu jangan sampai terbercinta.

AWAS! cinta boleh ternoda kerana maksiat. Ini contoh yang paling senang;

di kedai makan..
kelihatan M dan F sedang rancak berborak.
Nampak dua2 mcm "alim" dan "soleh".
dua orang ni berlainan jantina.
guna meja sampai dua.
sorang duduk di satu hujung meja.
lagi sorang dihujung meja yang lain.
di khalayak ramai.

dalam situasi di atas, ada yang kurangnya. lagaknya macam couple yang lain (couple disini merujuk kepada pasangan remaja yang sedang hangat bercinta bukannya suami istri) tetapi bezanya ada batasan yang dilakukan; (inilah salah satu matlamat tidak menghalalkan cara)

1) guna sampai 2 meja. (jarak yang dilakukan memang jauh, jauuuuuuuuuh sangat la tu)
2) dating di khalayak ramai. (ye la, malas nak main sembunyik2 kan. boleh ke jumpa terang2 ni?? berilah ketenangan pada mata orang yang memandang. Jangan biarkan maksiat menjadi perkara normal pada mata sesama muslim.)

satu lagi persoalan timbul, adakah batasan itu benar2 akan menjadi perlindungan pada cinta yang suci. SAH! cinta dah ternoda kerana;

interaksi mereka hanya berdua. itulah sebab digelar dating. syaitan tidak segan silu menumpang kasih. tiada susahnya membawa mahram/teman lain untuk turut sama. sesungguhnya, lebih baik andai lelaki itu datang approach mak ayah perempuan kan?? pe2 hal tanya aje bakal ayah/mak mertua. mereka lebih kenal anak mereka. carilah jalan yang kelihatannya tiada fitnah ketika melaluinya.

simpulan akhir;

andai berpakaian sebagai muslim/muslimah..berwatakkanlah sebagai seorang yang berilmu. kata orang, dari pakaian boleh menilai karakter seseorang. Tiada apa pada pakaian kalau tiada ilmu. (toin22, nasihat pedas untuk diriku, huhu~~). jangan biarkan orang menoleh dan berkata;

" xpadan dengan rupe nampak alim ulamak, tp lebih kurang je".

jadilah seperti permata di antara pepasir di pantai. lain dari yang lain. unik & berbeza untuk kebaikan agama dan iman, dunia & akhirat.

salah bercinta pastinya tidak menghalalkan cinta melainkan bercinta dengan sebaik2 jalan yang Allah tunjukkan iaitu melalui pernikahan. Nikah, jalan yang halalkan cinta. dalam kata lain, ubat cinta hanyalah nikah!
kiranya sudah bertunang, itu pun bukanlah green light untuk bercinta. bawa teman! senang2kanlah.

ada apa pada cinta? andai ianya ternoda..
ada apa pada cinta? andai dikuasai nafsu..
ada apa pada cinta? andai terleka n terlena..
ada apa pada cinta? andai hanya untuk dunia semata2..

Wednesday, October 7, 2009

Bermulanya al-Kisah

Posted by Ina zz at 11:23 AM 0 comments

Bermulalah al-kisah di teratak@KJ. Selamat datang kepada anda ke teratak kami yang usang dan agak terbiar ini. Kunjungan anda diharap dapat memberi sinar harapan pada kami agar terus menerus hidup di alam maya tanpa sempadan ini. Semestinya kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Harapan kami, semoga segala yang tersiar di blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.

Nasihat kami, ilmu kalau tidak dicari tidak akan anda temui. Begitu juga, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Walaupun pohon yang tanpa buah itu kadang2 dapat memberi teduhan daripada hangat pijar terikan sang mentari. Tetapi sedarlah, dalam kehangatan itu masih ada yang haus dan kelaparan sepanjang perjalanannya. Teduhan semata2 itu tidak mampu menghilangkan haus dahaga dan lapar yang menggila.Maka, beramallah dengan ilmu yang betul lagi benar. Semoga ilmu itu dapat membimbing kita ke jalan yang lurus menuju keredhaan Allah SWT dan disamping menikmati kemanisan buah ilmu di dunia ini mahupun di akhirat kelak, Insya Allah.

Segala yang terpapar di blog kami untuk anda semua menilai dengan hati yang ikhlas. Kami mengharapkan komen membina daripada anda untuk membetulkan apa yang salah, menegakkan apa yang batil, dan meneruskan apa yang tertinggal. Jangan terlalu cepat melatah dalam mencari ilmu tetapi kami pasti anda semua cukup dewasa untuk belajar mencari, mengkaji, dan mendalami sesuatu ilmu. Belajar dan terus belajar. Ilmu Allah itu maha luas. Hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Semoga berjaya!!

Sekian dulu dari kami,

Teratak@KJ

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review