Saturday, November 20, 2010

warkah untuk mu, sahabat ku...

Posted by Ina zz at 7:41 PM 0 comments Links to this post
sebuah rumah usang
di jalan kelubi
dalam kota ketengah jaya
@ T'ganu nan permai

assalamualaikum..

salam sejahtera ke atas mu, sahabat2 yang paling ku cintai..cikma, lai, jaa, dan yang lain (y aku x sebutkan disini jgnlah berkecil hati)..aku mengenali mu, bukanlah sehari dua.. bahkan kte telah menyimpul tali persahabatan bertahun lamanye..susah payah dharung bersama..pahit manis kenangan antara kte sentiasa terpahat di hati aku ni..susah untuk aku rungkai..tiada niat untuk aku putuskan tali yang terikat erat dan aku takkan berbuat sedemikian...

hari ini, aku mengeledah segala gambar dalam external hard disk aku..terusik hati aku melihat karenah2 mu, sahabat..terasa rindu y membuak..merindui mu sama seperti aku merindui kenangan2 bersama antara kte..terasa ingin kembali pada waktu itu..dan aku inginkan yang terbaik untuk dirimu, sahabat..di kala itu dan di saat kini..

benarlah katamu, aku tersalah..tersilap memilih jalan..dan hanyalah terima kasih yang mampu aku berikan..atas nasihat demi nasihat yang xputus untukku..kala hati ku entah dimana..kala aku juga tidak mengerti siapa diri aku sekarang..kala bila ujian2 sehebat itu teruji untuk aku..

trima kasih sahabat, betapa tingginya dirimu melabelkan aku..sedangkan aku tidak pernah seperti itu..kerana aku sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya..hanya kepadaNya aku memohon kekuatan untuk terus berdiri..penyerahan sebulat2nya kepadaNya..ya, aku sentiasa sedar aku selemah2 manusia..aku sentiasa berusaha mencari kekuatan demi kekuatan..demi berjuang dalam satu demi satu ujian yang kau sendiri tidak ketahuan, sahabat..

kesalahan itu aku akui..kesalahan itu harus aku betulkan..disini aku memohon jutaan kemaafan darimu sahabat..andai terasa ati dengan segala tulisan ataupun kata2 ku..mungkin secara sedar ataupun tidak sedar..namun, aku juga sedar aku juga punya batas kesabaranku..ada rasa marah..ada rasa benci..dan aku manusia biasa..hamba yang lemah..

sahabat..aku perlukan mu d'tiap perjalanan dunia ku dan aku harapkan kte akan bertemu d'akhirat sana..salam sayang dari ku untuk mu sahabat..

yang sayangkan mu,
sahabatmu..
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review