Showing posts with label pertama kalinya. Show all posts
Showing posts with label pertama kalinya. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

jamu menjamu

Posted by Ina zz at 11:31 PM 1 comments
pejam pejam celik bulan syawal dah nak tiba ke penghujungnya *xnak cerita pasai duit raye*..cume, sejarah ari ni,  kami buat makan2 sket kat pat kerja..masing2 bawak makanan yang dah diplankan *wah wah wah*..macam2 ada..

laksa 
nasi terhimpit
kuah kacang
rendang nge leman
kek coklat
kueh pun ade..xtaw pe name~
anggur *de orang sponsor*
sirap bandung same itu orange laa
ayam masak merah *lupe plak*

baru mkan sket daa kenyang..tapi nak makan ag..makan punyer makan *sumbat selagi boleh*..iyea la kan..makanan free mana nak dapat kat atas muka bumi sekarang ni..lepas tu baru la sendat perut tu..mjur xterkeluar sume..kalau tak?? kang nanya..banjir la lab nanti..

kami orang ni anti-sosial*so sial*..jamuan besar2 yang akan dibuat ujung mnggu ni xde pung nak join..tapi bab men redah join jamuan org len..boleh plak..pe nak jadi daa..

anyways..jamu menjamu ni seronok bile same2 menjayakannya=) *tak gitu?*

Friday, October 22, 2010

turning point

Posted by Ina zz at 6:27 PM 1 comments
perubahan demi perubahan..

hati ini terasa lemas dalam perubahan yang drastik..

y aku sendri tak pernah merancang akan perubahan itu..

aku perlukan masa..

aku perlukan ruang..

aku perlukan hati y ikhlas..

untuk melakukan satu anjakan paradigma yang drastik..

aku juga perlukan dorongan..

dari insan2 yang aku sayang............................................

dan pastinya dari Dia yang sentiasa ada denganku tidak kira ketika..

Sunday, July 18, 2010

alergi

Posted by Ina zz at 10:41 PM 3 comments
selagi xalergi..takde sape pun tahu yang die tu sebenarnya ada alergi..

sejarah bermula dengan gulai lemak ketam..ni adalah favorite ku sejak kecik ag..nak jadikan cerita plak..kaklong dan abang xleh makan ketam..kalu makan ketam..siap la..badan react sepantas kilat menunjukkan tanda protes terhadap ketam..huhu..ku?..ku happy la..bahagian diorang, leh la ku rembat..dalam sehari, ku leh makan 3 ekor ketam sekaligus..biasa la..3 ekor ketam pun..isi tarakkk adaa..huhu..

Kempunan nak makan ketam ni bila ku duk jauh dari family..kira2 agak bertahun jugak ku tak bertemu dengan ketam sebagai makanan aku seharian..suatu hari..hari yang menyebabkan ku tak mau dah makan ketam sapai bile2..mak masak gulai lemak ketam..pe tunggu lagi..makan la ketam..pergh..sedap sungguh la..tengah hari tu sempat makan skit je (skit la sgt)..hehe..kuah lemak tu ku siap hirup2 agi..sambil duk makan..mak cakap abang alergi ngam ketam..sama mcm kaklong..khabar baik bagi penggemar ketam mcm ku ni..huhu~

bak kata orang..makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan..ketam itu juga ku hadap pada malamnya..siap dapat green light dari mak untuk habiskan ketam..de la dalam 2,3 ekor ketam ag..tak tunggu ape2..sume ketam tu dah tersadai dalam perutku..sambil makan sambil mengejek abang sebab dia xleh makan ketam tp suka ketam..aduh!..

padahnya..di waktu pagi yang hening..tetiba ku terjaga dari tidur..sebabnya ku tak leh bernafas..rasa semput..rasa macam serang asma je..huhu..badan ku dah naik bedam2 (pe ek bahasa standard)..ala macam kena gigit nyamuk tu..gatal2 kat sluruh badan..dan paling xtahan..ku muntah...uweeekkk..kuar sume ketam yang ku makan semalam..xleh tido sepanjang malam..huhu..

moral of the story..jgn makan ketam kalu dah taw diri alergi ngam ketam..hari ini, mak masak ketam agi..alamakk! terliur bangat..tp nasib badan..kuah ketam pun dah wat badan2 ku kembali gatal2..tolongggg...dan buat pertama kalinya, ku pantang dengan ketam..huhu~


Monday, January 18, 2010

Damba Sinar Mentari

Posted by Ina zz at 9:05 PM 0 comments
masa berlalu..
masih lagi disitu..
hidup yang kaku..
menghitung dentingan layu..

apakan daya yang tak termilik..
tiada gah untuk sendiri berdiri..
terpamer senyuman terbalik..
terkabur pilu dari realiti..

tika bergenang kolam mata..
tika remuknya merah hati..
tika kelunturan warna semangat..
tika kosongan kekuatan melanda..

Mendambakan sinar mentari esok ..
Menyinari gemilang..
Menghangatkan kelesuan..
Memenuhi di pelosok kerajaan hati..

dan wajib terus bangkit..

Wednesday, October 7, 2009

Bermulanya al-Kisah

Posted by Ina zz at 11:23 AM 0 comments

Bermulalah al-kisah di teratak@KJ. Selamat datang kepada anda ke teratak kami yang usang dan agak terbiar ini. Kunjungan anda diharap dapat memberi sinar harapan pada kami agar terus menerus hidup di alam maya tanpa sempadan ini. Semestinya kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Harapan kami, semoga segala yang tersiar di blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.

Nasihat kami, ilmu kalau tidak dicari tidak akan anda temui. Begitu juga, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Walaupun pohon yang tanpa buah itu kadang2 dapat memberi teduhan daripada hangat pijar terikan sang mentari. Tetapi sedarlah, dalam kehangatan itu masih ada yang haus dan kelaparan sepanjang perjalanannya. Teduhan semata2 itu tidak mampu menghilangkan haus dahaga dan lapar yang menggila.Maka, beramallah dengan ilmu yang betul lagi benar. Semoga ilmu itu dapat membimbing kita ke jalan yang lurus menuju keredhaan Allah SWT dan disamping menikmati kemanisan buah ilmu di dunia ini mahupun di akhirat kelak, Insya Allah.

Segala yang terpapar di blog kami untuk anda semua menilai dengan hati yang ikhlas. Kami mengharapkan komen membina daripada anda untuk membetulkan apa yang salah, menegakkan apa yang batil, dan meneruskan apa yang tertinggal. Jangan terlalu cepat melatah dalam mencari ilmu tetapi kami pasti anda semua cukup dewasa untuk belajar mencari, mengkaji, dan mendalami sesuatu ilmu. Belajar dan terus belajar. Ilmu Allah itu maha luas. Hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Semoga berjaya!!

Sekian dulu dari kami,

Teratak@KJ

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review