Wednesday, October 7, 2009

Bermulanya al-Kisah

Posted by Ina zz at 11:23 AM

Bermulalah al-kisah di teratak@KJ. Selamat datang kepada anda ke teratak kami yang usang dan agak terbiar ini. Kunjungan anda diharap dapat memberi sinar harapan pada kami agar terus menerus hidup di alam maya tanpa sempadan ini. Semestinya kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Harapan kami, semoga segala yang tersiar di blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat yang berguna samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.

Nasihat kami, ilmu kalau tidak dicari tidak akan anda temui. Begitu juga, ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Walaupun pohon yang tanpa buah itu kadang2 dapat memberi teduhan daripada hangat pijar terikan sang mentari. Tetapi sedarlah, dalam kehangatan itu masih ada yang haus dan kelaparan sepanjang perjalanannya. Teduhan semata2 itu tidak mampu menghilangkan haus dahaga dan lapar yang menggila.Maka, beramallah dengan ilmu yang betul lagi benar. Semoga ilmu itu dapat membimbing kita ke jalan yang lurus menuju keredhaan Allah SWT dan disamping menikmati kemanisan buah ilmu di dunia ini mahupun di akhirat kelak, Insya Allah.

Segala yang terpapar di blog kami untuk anda semua menilai dengan hati yang ikhlas. Kami mengharapkan komen membina daripada anda untuk membetulkan apa yang salah, menegakkan apa yang batil, dan meneruskan apa yang tertinggal. Jangan terlalu cepat melatah dalam mencari ilmu tetapi kami pasti anda semua cukup dewasa untuk belajar mencari, mengkaji, dan mendalami sesuatu ilmu. Belajar dan terus belajar. Ilmu Allah itu maha luas. Hanya tinggal usaha kita untuk mencarinya. Semoga berjaya!!

Sekian dulu dari kami,

Teratak@KJ

0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review