Friday, October 16, 2009

ABC..

Posted by Ina zz at 3:18 PM
seteguh hatiku untuk menukilkan tulisan berkaitan dengan makanan. agak keberatan untuk menolak permintaan seorang sahabat untuk mengetahui tentang ilmu yang sempat ku pelajari lewat beberapa tahun ini. terasa berat sungguh tugas berdakwah dan betullah, yang paling berat adalah amanah sebagai khalifah Allah. ku bukanlah seorang ulama' ataupun seorang pensyarah tetapi ku hanya seorang pelajar yang masih lagi kurang ilmu tentang makanan. namun ku cuba untuk menulis dan berkongsi tentangnya serba sedikit.

setiap muslim wajib mencari makanan yang halal lagi baik untuk dimakan. sesungguhnya, makanan yang halal itu banyak dan bertaburan luas di atas muka bumi Allah ini. maka berusahalah mencari makanan yang halal dengan cara yang halal. dan tidak menjadikan makan makanan haram itu satu alasan disebabkan ketiadaan makanan halal melainkan dalam keadaan terdesak, dharuriyyat (akan dibincangkan di lain waktu). sebelum pergi terlalu jauh,marilah sama2 mengenal perkataan halal, haram dan beberapa perkataan lain terlebih dahulu =))..

halal
halal juga bermaksud dibolehkan, dibenarkan, diluluskan, dipersetujui..

tayyiban (lebih baik)
lebih baik merujuk kepada kualiti makanan tersebut seperti selamat, dalam keadaan baik dan bagus untuk dimakan.

beberapa firmanNya dalam menyeru hambaNya makan makanan yang halal lagi baik sepertimana yang termaktub dalam;

1) surah al Baqarah:168
"wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik...."

2) surah al-Maidah 5:88;
"..dan makanlah dari apa yang telah diberikan oleh Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal lagi baik.."

3) surah an-Nahl 16:114
"dan makanlah makanan yang halal lagi baik yang telah Allah sediakan untukmu."

haram
(yang berlawanan dengan halal)
contohnya; pork, darah, dan sepertimana dalam;

surah al-Maidah 5:3
"diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, daging yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam oleh binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih dan yang disembelih untuk berhala..."

dan hadith2 yang melarang memakan binatang bertaring, berkuku or berparuh dan sebagainya

mashbooh
diantara dua perkataan halal dan haram, tercipta kategori mashbooh yang bermaksud tidak diketahui status makanan tersebut, kemungkinan halal @ kemungkinan haram. lewat kebelakangan ini, pelbagai desas desus maklumat sesuatu makanan tersiar di laman2 web, mail yang berangkai, dan mungkin juga di ruangan akhbar tentang status halal/haram suatu produk makanan. malangnya, sejauh manakah kebenaran itu tercipta??? apakah buktinya?? adakah ia benar?? itulah mashbooh, tidak diketahui statusnya.

makruh
tidak digalakkan untuk makan makanan tersebut kerana berkemungkinan merbahaya.
contohnya;

1) nasi beriani gum yang dah basi --> boleh membawa kepada keracunan makanan
2) ayam goreng (ayam yang disuntik dengan unknown antibiotik yang tidak diluluskan) --> boleh membawa kesan pada jangka masa panjang.

kesimpulan, makanlah makanan yang halal lagi baik, moga2 kita terpelihara daripada mengikuti jejak langkah syaitan, musuh yang terang lagi nyata. disamping mendidik jiwa ke arah ketaqwaan kepada Allah. ingatlah kita hanya insan yang lemah dalam kembara hidup ini. tanpa panduannya. hilanglah arah maka kelamlah jalan yang dilalui. Al-Quran dan As-Sunnah pegangan kita. ingat! bukan hak kita dalam menetapkan pe yang halal dan pe yang haram. yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. kerana yang lebih berhak hanya Allah semata2, sedangkan nabi Muhammad saw hanya menyampaikan kepada umatnya.wassalam.


0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review