Tuesday, July 6, 2010

kerana keyakinanmu (akhir)

Posted by Ina zz at 7:38 PM
berita kematianmu cukup meremukkan hati kecil ku. betapa tidak ku sangka Allah lebih sayangkan mu dan Dia menjemput dirimu lebih awal untuk pergi menghadapNya. berkali2 ku pujuk diriku agar tidak menyalahkan diri sendiri atas kematianmu. namun, sangkaan nakal itu tetap jua kunjung tiba. tiada segan menghamburkan kesalahan di atas mukaku sendiri. hari demi hari, ku rasakan tiada bermaya. tiada hala tujuan. tiada warna. pergimu membawa segala yang pernah kau titipkan untuk ku. segala dorongan. segala nasihat. segala bimbingan dan didikan.

Sungguh mimpi ku di suatu kala malam, merencana sebuah satu perubahan yang ketara dalam diri ku. paparan samar lakaran wajahmu hadir dalam mimpiku. mengajak ku terus bangkit dan berjuang demi diri ku sendiri. walaupun tanpa dirimu disisiku. sandarkan segala usaha yang terlabur dalam capaian akan sesuatu, hanya kepadaNya, Allah yang maha berkuasa terhadap makhluk ciptaaNya. barangkali tiada keyakinan langsung untuk mempercayai akan mimpi itu. kata2 itu tetap bergema diruang fikiran ku. menjadikan mata yang tertutup selama ini terbuka seluasnya.


Anjakan paradigma itu melahirkan ku semula ke dunia fana yang penuh pancarabo laluannya. berbekalkan segala nasihat, didikan dan bimbingan mu dulu, ku melangkah kembali. ku kini kian yakin akan kata2 mu dulu.


"Fathi Amin yakin Nur Hanna bisa berubah menjadi muslimah sejati suatu hari nanti"


Muslimah sejati? terlalu berat "title" itu untuk ku pegang ketika itu. tiadapun satu keinginan untuk dilabelkan sebagai muslimah sejati juga. tetapi memadailah, hijrah ku ke arah kebaikan ini diredhai olehNya. kerana keyakinanmu jualah akan ku teruskan perjuangan ini.

0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review