Friday, May 28, 2010

kerana keyakinanmu (episod 3)

Posted by Ina zz at 6:32 PM
"lelaki baik tercipta khas untuk pendampingnya yang jua baik. manakala, lelaki yang xbaik pasti mendapat pendamping yang xbaik. kalaupun ada yang baik dapat yang xbaik atau sebaliknya, itu adalah sebaik2 ujian dariNya untuk menguji keimanan hambaNya yang baik. dapatkah dia mampu sabar dalam ujian tersebut dan sentiasa berusaha untuk membawa pasangan ke jalan yang diredhai Allah."

benar dan tulus bicara wali songo petang tadi. bicara tulisannya cukup menyentuh hatiku. adakah ku tergolong dalam kategori yang baik? baik? kalu dibandingkan diri aku dengan isteri rasulullah saw. sungguh jauh berbeza. bagaikan planet pluto dengan planet bumi. ku tiada kekuatan untuk menilai kebaikan dalam diriku. kerana yang ku temui hanyalah kejahatan semata2. saban hari pasti ada linangan air dicelahan mata bundarku. menyesali. didapati bersalah dalam penghakiman diri sendiri. rasa bersalah itu sentiasa mengekori ku kemana2 sahaja. sukar untuk melupakan. sukar lagi untuk dimaafkan.

sebesar manapun kesalahan itu, ku tetap memberi ruang untuk diri ku sendiri terus mencari makna sebenar sebuah penyesalan. kepastian jalan pulang itu ada. semuanya terserah kepada ku. terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. moga ku kembali pada landasanMu yang benar. ku sedar sejauh manapun kesalahan yang ku lakukan, Kau tidak sesekali melupakanku. Kau sentiasa ada untuk hambaMu yang hina ini. sewaktu ku kehanyutan terbuai indah dalam kesalahan, Kau tak biarkan ku sendirian. Kau tetap kirimkan penyelamat hidupku.

waktu remaja, waktu paling sukar untuk ku memahami diriku sendiri. ku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang dalam diri ku. sesuatu yang hilang. tetapi tidak dapat ku ketahui apakah itu? ku cuba hilangkan rasa itu. malang sekali, terkandas dalam cinta dunia. cinta nafsu semata2. bersuka ria hingga melalaikan. gah dengan kemaksiatan. bongkak dek rasa terhebat. tiada apa yang dapat merubah diri ku ketika itu. kerana disekeliling lebih menggalakkan. nasihat ibu ayah tiada ku dengar oleh telinga yang tertutup. hati yang kelam. gelap gelita tanpa secebis cahaya dalam hidup keduniaan ku. usah ditanya soal keakhiratan.

namun kehadiranmu, membuatku tersedar dari kelenaan yang terus berpanjangan. walaupun kau bukan ditakdirkan untuk ku.

0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review