Friday, May 28, 2010

kerana keyakinanmu (episod 3)

Posted by Ina zz at 6:32 PM 0 comments
"lelaki baik tercipta khas untuk pendampingnya yang jua baik. manakala, lelaki yang xbaik pasti mendapat pendamping yang xbaik. kalaupun ada yang baik dapat yang xbaik atau sebaliknya, itu adalah sebaik2 ujian dariNya untuk menguji keimanan hambaNya yang baik. dapatkah dia mampu sabar dalam ujian tersebut dan sentiasa berusaha untuk membawa pasangan ke jalan yang diredhai Allah."

benar dan tulus bicara wali songo petang tadi. bicara tulisannya cukup menyentuh hatiku. adakah ku tergolong dalam kategori yang baik? baik? kalu dibandingkan diri aku dengan isteri rasulullah saw. sungguh jauh berbeza. bagaikan planet pluto dengan planet bumi. ku tiada kekuatan untuk menilai kebaikan dalam diriku. kerana yang ku temui hanyalah kejahatan semata2. saban hari pasti ada linangan air dicelahan mata bundarku. menyesali. didapati bersalah dalam penghakiman diri sendiri. rasa bersalah itu sentiasa mengekori ku kemana2 sahaja. sukar untuk melupakan. sukar lagi untuk dimaafkan.

sebesar manapun kesalahan itu, ku tetap memberi ruang untuk diri ku sendiri terus mencari makna sebenar sebuah penyesalan. kepastian jalan pulang itu ada. semuanya terserah kepada ku. terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. moga ku kembali pada landasanMu yang benar. ku sedar sejauh manapun kesalahan yang ku lakukan, Kau tidak sesekali melupakanku. Kau sentiasa ada untuk hambaMu yang hina ini. sewaktu ku kehanyutan terbuai indah dalam kesalahan, Kau tak biarkan ku sendirian. Kau tetap kirimkan penyelamat hidupku.

waktu remaja, waktu paling sukar untuk ku memahami diriku sendiri. ku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang dalam diri ku. sesuatu yang hilang. tetapi tidak dapat ku ketahui apakah itu? ku cuba hilangkan rasa itu. malang sekali, terkandas dalam cinta dunia. cinta nafsu semata2. bersuka ria hingga melalaikan. gah dengan kemaksiatan. bongkak dek rasa terhebat. tiada apa yang dapat merubah diri ku ketika itu. kerana disekeliling lebih menggalakkan. nasihat ibu ayah tiada ku dengar oleh telinga yang tertutup. hati yang kelam. gelap gelita tanpa secebis cahaya dalam hidup keduniaan ku. usah ditanya soal keakhiratan.

namun kehadiranmu, membuatku tersedar dari kelenaan yang terus berpanjangan. walaupun kau bukan ditakdirkan untuk ku.

Monday, May 3, 2010

pautan

Posted by Ina zz at 8:51 PM 0 comments
masa lapang yang terbuang..terisi dengan menatap artikel2 santai dalam akhbar i luv islam..tetiba aku terpaut pada satu sajak "pautan"..seolah2 membangkitkan apa yang terkurang dalam diri aku..sajak ini dinukilkan oleh Mohd Fadzil Yusof dari Teluk Intan..hasil karya ni bukan hak milik aku tp aku cukup terkesan dengan bait2 karya yang penuh dengan nasihat..terimalah..

Pautan

Berpautlah pada dahan yang kuat
Diketahuilah akarnya yang menunjang ke perasaan
Dari akal yang waras
Tidak mudah tumbang, selagi
Siklon nafsu tetap terkurung
Dalam sangkar kecewa dan kasmaran sendiri
Kemerdekaan sudah bersipongang dari daksina
Memecah tandu madu yang manis dalam pencarian
Tiada guna bergudah gulana tanpa semangat kata kata
Kerna kata2 membisu dalam fikir terpasung
Ke hujung benda kaku memalu gendang domba
Menjulang watak diri yang keliru
Di persimpangan abad 21 ini
Yang lewat kau tafsirkan sebagai kenyataan
Demi satu medan yang mesti kau kalahkan
Bukan mencari batu2 di pantai menyalutnya
Dengan seribu ragu dan sangsi titik persoalan
Begeraklah dari diammu yang lamban
Menyebarkan cahaya dirimu ke labirin fikiran
Bukan menanti masalah dengan sendu penyesalan

~aku juga pernah tersungkur..mengharapkan satu kedatangan yang menguntungkan dengan hanya satu penantian yang menyakitkan..kaki kaku..fikiran buntu..hati keliru.pandangan hanya terulang tayang pada pandangan yang lalu..walaupun hakikat dihadapan aku tidak sedemikian..percaya atau tidak, satu paksi yang merubah diri aku adalah pautan yang kukuh yang telah terbina dalam diri aku..walaupun satu ketika, paksi itu juga pernah goyah! aku juga manusia biasa yang harus bangkit!!
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review