Monday, January 18, 2010

Pergi Yang Tak Kembali..

Posted by Ina zz at 10:28 PM
antara satu perkara yang termaktub dalam kehidupan di dunia ini adalah kematian. suatu hal yang sudah tidak dapat dielakkan. kerana tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. setinggi manapun kasih sayang insan itu. sebesar manapun jasa dan pengorbanan insan itu. sekuat manapun lantangnya suara dakwah insan itu. andai sampai detik waktu dan ketikanya ajal, pasti akan dipanggil mengadap Allah yang maha Hidup dan yang Berdiri dengan sendirinya. siapalah kita yang lemah lagi hina dalam usaha menghalang segala takdir ketentuan Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa dalam perancanganNya.

perasaan sedih, pilu dan sayu pasti menjadi teman kala berita kematian itu diterima. air mata dicurahkan. sebak yang tak tertahan andai tangisan itu cuba dilawan. sayang untuk yang pergi akan kekal dan menyubur di dalam hati yang menyayanginya walaupun sudah tiada. tanpa jasad, rindu dan sayang bisa mewangi kerana kelakuan dan tindakan arwah disenanggi orang sekeliling ketika hidup. amatlah bertepatan dengan pepatah melayu. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. sedarlah. inilah fitrah manusia yang pasti akan menangisi kepemergian insan yang disayangi.

kematian insan juga adalah satu peringatan kepada yang masih hidup. satu petanda bahawa kematian itu sentiasa hampir. datangnya tanpa amaran, tanpa kata2 ataupun tanpa tulisan. terpisah roh dan jasad tepat pada waktunya. tanpa bertangguh. untuk yang telah pergi, hadiahkan sejata kita sebagai orang mukmin kepadanya, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan segala amalannya diterima oleh Allah SWT.


0 comments:

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review