Tuesday, November 10, 2009

kerana keyakinanmu (episod kedua)

Posted by Ina zz at 9:50 PM 0 comments
salam tiada dibiarkan tidak bersambut. ta'aruf mula mengisi ruang masa. dia hanya ku kenali sebagai walisongo. wali songo??. setahu ku, wali songo bermaksud sembilan orang wali. mereka punya pertalian darah antara satu sama lain dan mereka jugalah penyebar ajaran Islam di tanah Jawa abad ke 17. Era wali songo merupakan titik noktah dominasi era hindu-buddha dalam budaya nusantara kepada kebudayaan Islam. berdirinya sebuah kerajaan Islam di tanah Jawa sebagai satu bukti hasil peranan mereka. sehinggakan mereka menjadi satu simbol penyebaran Islam di Jawa. pengaruh mereka meluas hasil daripada semangat dakwah secara langsung dengan mendekati masyarakat Jawa ketika itu. mungkin kerana itu juga, sejarah para wali songo kerap meniti disetiap bibir masyarakat Jawa berbanding tokoh2 yang lain pada hari ini. adakah walisongo ini juga seperti itu? persoalan2 nakal menerjah di kotak minda ku?? tersenyum pahit. jasa mereka yang cukup besar membuatkan sesiapa yang mempelajari sejarah akan merasa kagum.

sejarah? aku? subjek sejarah waktu sekolah dulu membuatkan tekak ku loya. tiap kali menatap buku teks sejarah, mood ku pasti hilang terbang ke awan. terpaksa ku memujuk diri sendiri untuk kembali menelaah. Cadbury chocolate bar pastinya membuatkan ku terpujuk. chocoholic. itulah aku. coklat menjadi makanan wajib dalam hari2 yang dilalui. tiada ketinggalan. ada saja bekalan coklat. tetapi semua itu berakhir dengan satu nasihat doktor dalam suatu temu janji dengannya. kandungan gula dalam darah ku melebihi tahap normal. ini serius. kemungkinan besar boleh membawa kepada obesiti andai tidak dikawal. kalau tahap obesiti maknanya bakal berhadapan dengan penyakit2 serius yang lain. perkataan "obesiti" itu membuatkan ku kecut perut. padahal dari segi luarannya ku bukannya termasuk dalam kategori obes. atau hanya ku yang tidak mahu mengaku. terkesima dengan penilaian diri sendiri.

lebih baik ku mencegah daripada mengubati. batu loncatan untuk berubah bermula. turning point itu bukanlah suatu yang senang dilaksanakan. bukannya sesenang tiap2 butiran nasihat yang keluar dari sepasang bibir. malah menuntut pengorbanan yang besar. harapan demi harapan dipohon hanya kepadaNya. Allah maha mengetahui. doa yang tidak putus2 adalah senjata ku dalam hampir kelewatan ku itu. disertakan usaha2 mengimbangkan diet seharian ku. tekad dan nekad. tiada ungkapan yang sesuai untuk memberi erti "seksa" yang teramat dalam usaha ku menghilangkan ketagihan coklat. saban hari hanya ku yang mengerti erti ketagihan. mungkin ketagihan coklat tidaklah sehebat ketagihan dadah. namun ketagihan itu sudah cukup terbeban. sampai ke saat ini, gambar coklat pun boleh mengiurkan ku. berbeza dengan kempunan akan jeruk mempelam. tersenyum sinis. jeruk dan coklat dua makanan yang berbeza. kepala ku mengangguk.

ku kembali ke alam nyata apabila diBUZZ oleh walisongo. mungkin agak lama ku diam tanpa balasan. termenung di depan komputer bukan tabiat asal ku. adakah ini tanda2 kebosanan. melayan fikiran yang entah kemana2. dia meminta diri untuk sign off kerana ada kerja yang perlu diselesaikan, mungkin. teringatkan janji ku dengan abang, ku hanya mengiakan. kelam kabut bersiap seusai ku solat asar. abang tak ubah seperti ibu. bebelan abang meleret panjang. kebisingan. takut kelewatan untuk menonton pertandingan bola sepak antara kampung. hari ini merupakan penentu suku akhir. khabarnya sudah seminggu pertandingan ini berlangsung. sejak itu juga, akulah satu2nya pengangkutan abang untuk ke sana. malas untuk mengambil kisah apa yang dibebelkannya. ku membawanya ke padang bola dengan menunggang motor kapcai milik ayah. ku tinggalkan abang di sana dengan minatnya. ku membawa diri melewati jalan2 kampung sambil menikmati setiap panorama kampung yang telah lama ku tinggalkan.

azan isyak bergema di ruang legar kampung ku. ku yang tertidur sebentar selepas solat maghrib, bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. suara ayah memanggil ku dan adik2 kedengaran tegas. tugas seorang ketua sebuah rumah tangga. memastikan tempat teduhan bagi isteri dan anak2nya sebagai sebuah tempat yang penuh dengan sinaran didikan Islam. itulah rutin ayah. mengimamkan tiap2 waktu solat jika ayah punya ruang masa di rumah. tazkirah ringkas yang ayah sampaikan cukup terkesan di hati ku. malam itu, ayah membacakan surah an-Nur ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

tuduhan fitnah yang menimpa Aisyah r.a cukup menjadi pengajaran buat diriku. peristiwa besar ini kekal termaktub di dalam al-Quran. Allah meyakinkan rasulullah dengan kalimah "wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" ketika suasana masyarakat kecoh memperkatakan tentang kecurangan isterinya. ayat itu diturunkan sebagai jawapan kepada rasulullah mengenai fitnah yang menimpa isterinya, Aisyah r.a dan satu amaran akan tuduhan zina terhadap perempuan yang baik. lihatlah betapa bahana fitnah yang bisa menggoyah keharmonian rumah tangga. ku mengiakan dalam diam. fikiran ku terus melayang. teringat akan perbualan ku dengan walisongo petang tadi. ada sesuatu yang menarik perhatian ku tentangnya.

Sunday, November 1, 2009

Sisa Kasih Sayang

Posted by Ina zz at 1:30 AM 0 comments
tiada niat untuk memperkatakan tentang asal usul gambar ini. tidak diketahui samada ia suatu yang realiti ataupun sekadar rekaan grafik semata2. ada yang menjadikan gambar ini sekadar gurauan. tetapi hati ini tersentuh dengan hanya sekali pandang. mengiyakan inilah hakikat sebuah ikatan kasih sayang. antara manusia dan makhluk Allah swt.

jelas kelihatan askar itu berpakaian kemas dan sedang bertugas. tangan itu yang memegang senjata dan tangan itu juga membelai seekor kucing. kasih sayang dalam diri seorang insan tetap terpancar walaupun dia berjiwa wira.

sama ada ingin dinafikan melalui tutur kata atau kaku dalam perbuatan. kasih sayang itu tetap ada. diluahkan dalam keadaan sedar atau tidak sedar dek bunga2 kasih sayang yang sememangnya berbunga indah di taman hati. inilah anugerah yang tidak pernah dipinta tetapi dilemparkan ke dalam hati agar bisa berkasih sayang sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain.
lihatlah dengan mata hati yang suci. betapa di dunia ini, kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya mengelilingi diri kita. segala2nya cukup. cukup untuk berfikir bagi yang berakal. jadikanlah sisa2 kasih sayang yang tinggal kembali memenuhi ruang hati. moga tiada "kejam" merajai dan mengawal segala tindak tanduk. mengapa harus mencemarkan bunga2 kasih sayang dengan racun kekejaman?
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review