Friday, January 29, 2010

promise is janji

Posted by Ina zz at 9:50 PM 0 comments
"jangan pandai mengukir janji andai tidak upaya untuk melaksanakannya" kata2 ini masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga. tika kisah seorang suami yang pernah melafazkan janji akan menjaga istrinya sehingga akhir hayatnya masih segar. penyakit lupa istrinya, membuatkannya tertekan. dilema. antara janji dan hidupnya. pelbagai cara dilakukan untuk mengelak dari istrinya. akhirnya, si suami tekad untuk melaksanakan janjinya. hanya untuk istri tersayang. itulah punca kebahagiaan hatinya.

sejauh mana kuatnya janji manusia sesama manusia. ringan bersuara melafazkan janji. pandai menabur janji. namun, adakah janji itu dikotakan? sebanyak manakah janji itu dilaksanakan? janji yang dilupakan. janji yang luput ditelan waktu. kealpaan dalam melaksanakan janji. hakikatnya, banyak janji yang tinggal janji. apakah ada insan yang menderita kerana janji. janji yang terbengkalai. jika YA, pasti insan itu menderita. kerana mendambakan buah yang takkan gugur. menunggu kucing bertanduk. penantian yang menyeksakan. membuatkan hati terguris dalam. menyesakkan nafas kehidupan. sedar dalam terlena akan mustahilnya untuk penabur janji merungkai talian janji.

bangkitlah. bukalah seluas2nya pandangan mata dan hati yang terbuta dek janji2 manis. adakah perlu menderita kerana janji manusia yang tak semestinya dikotakan. sayangilah diri sendiri. ingatlah hanya janji Allah itu yang pasti! peganglah janjiNya seerat2nya. jangan dilepaskan. tidak di dunia pastinya di akhirat kelak. yakinlah. tiada sebenar2 janji melainkan janjiNya untuk hamba2Nya yang ikhlas dalam melaksanakan perintahNya.

Monday, January 25, 2010

setinta untukmu, sahabat

Posted by Ina zz at 9:43 PM 0 comments

kesekian kali,
ku tak mahu kehilangan lagi,
namun apakan dayaku,
tiada kudrat melawan takdirMu,
yang maha Kuasa,
yang maha Esa,
pergimu tanpa ucapan,
tanpa pesanan,
menghilangkan kesabaran,
meruntuhkan kesabaran,
air mata mencurah laju,
tak tertahan olehku,
sedih..
pedih..
sayu..
pilu..
yang menemaniku,
tika itu,
ku tersungkur,
dalam sujud ku akur,
mohon rohmu bersama roh2 insan beriman,
redhaku dalam keterpaksaan,
walaupun masih menanti,
dirimu yang takkan kembali...

Monday, January 18, 2010

Pergi Yang Tak Kembali..

Posted by Ina zz at 10:28 PM 0 comments
antara satu perkara yang termaktub dalam kehidupan di dunia ini adalah kematian. suatu hal yang sudah tidak dapat dielakkan. kerana tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. setinggi manapun kasih sayang insan itu. sebesar manapun jasa dan pengorbanan insan itu. sekuat manapun lantangnya suara dakwah insan itu. andai sampai detik waktu dan ketikanya ajal, pasti akan dipanggil mengadap Allah yang maha Hidup dan yang Berdiri dengan sendirinya. siapalah kita yang lemah lagi hina dalam usaha menghalang segala takdir ketentuan Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa dalam perancanganNya.

perasaan sedih, pilu dan sayu pasti menjadi teman kala berita kematian itu diterima. air mata dicurahkan. sebak yang tak tertahan andai tangisan itu cuba dilawan. sayang untuk yang pergi akan kekal dan menyubur di dalam hati yang menyayanginya walaupun sudah tiada. tanpa jasad, rindu dan sayang bisa mewangi kerana kelakuan dan tindakan arwah disenanggi orang sekeliling ketika hidup. amatlah bertepatan dengan pepatah melayu. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. sedarlah. inilah fitrah manusia yang pasti akan menangisi kepemergian insan yang disayangi.

kematian insan juga adalah satu peringatan kepada yang masih hidup. satu petanda bahawa kematian itu sentiasa hampir. datangnya tanpa amaran, tanpa kata2 ataupun tanpa tulisan. terpisah roh dan jasad tepat pada waktunya. tanpa bertangguh. untuk yang telah pergi, hadiahkan sejata kita sebagai orang mukmin kepadanya, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan segala amalannya diterima oleh Allah SWT.


Damba Sinar Mentari

Posted by Ina zz at 9:05 PM 0 comments
masa berlalu..
masih lagi disitu..
hidup yang kaku..
menghitung dentingan layu..

apakan daya yang tak termilik..
tiada gah untuk sendiri berdiri..
terpamer senyuman terbalik..
terkabur pilu dari realiti..

tika bergenang kolam mata..
tika remuknya merah hati..
tika kelunturan warna semangat..
tika kosongan kekuatan melanda..

Mendambakan sinar mentari esok ..
Menyinari gemilang..
Menghangatkan kelesuan..
Memenuhi di pelosok kerajaan hati..

dan wajib terus bangkit..

Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun 2009

Posted by Ina zz at 8:45 PM 0 comments
esok hari terakhir di tahun 2009. dan lusa adalah hari pertama di tahun 2010. tahun masihi yang datang dan pergi. memberikan bermacam pengalaman pahit, manis, tawar, masam, dan pelbagai citrarasa. mewarnai tiap2 jalan yang dilalui. 1 muharam yang datang terlebih dahulu. mengesahkan tahun ini bakal/telah ditinggalkan. tahun yang baru di sambut. samada secara sedar atau tidak sedar. hari demi hari berlalu. minggu demi minggu jua berlalu. berbulan kini berganti tahun. namun sejauh manakah peningkatan diri sendiri?

adakah peningkatan terhadap diri?
dari segi agama?
dari segi akhlak?
dari segi ilmu?
dari segi amal?
dari segi keluarga?
dari segi kerjaya?

atau masih di takuk lama....

ku termenung dan ingin kau juga termenung..apakah yang telah dilakukan selama setahun yang berlalu..adakah terisi atau sia-sia...

Tuesday, November 10, 2009

kerana keyakinanmu (episod kedua)

Posted by Ina zz at 9:50 PM 0 comments
salam tiada dibiarkan tidak bersambut. ta'aruf mula mengisi ruang masa. dia hanya ku kenali sebagai walisongo. wali songo??. setahu ku, wali songo bermaksud sembilan orang wali. mereka punya pertalian darah antara satu sama lain dan mereka jugalah penyebar ajaran Islam di tanah Jawa abad ke 17. Era wali songo merupakan titik noktah dominasi era hindu-buddha dalam budaya nusantara kepada kebudayaan Islam. berdirinya sebuah kerajaan Islam di tanah Jawa sebagai satu bukti hasil peranan mereka. sehinggakan mereka menjadi satu simbol penyebaran Islam di Jawa. pengaruh mereka meluas hasil daripada semangat dakwah secara langsung dengan mendekati masyarakat Jawa ketika itu. mungkin kerana itu juga, sejarah para wali songo kerap meniti disetiap bibir masyarakat Jawa berbanding tokoh2 yang lain pada hari ini. adakah walisongo ini juga seperti itu? persoalan2 nakal menerjah di kotak minda ku?? tersenyum pahit. jasa mereka yang cukup besar membuatkan sesiapa yang mempelajari sejarah akan merasa kagum.

sejarah? aku? subjek sejarah waktu sekolah dulu membuatkan tekak ku loya. tiap kali menatap buku teks sejarah, mood ku pasti hilang terbang ke awan. terpaksa ku memujuk diri sendiri untuk kembali menelaah. Cadbury chocolate bar pastinya membuatkan ku terpujuk. chocoholic. itulah aku. coklat menjadi makanan wajib dalam hari2 yang dilalui. tiada ketinggalan. ada saja bekalan coklat. tetapi semua itu berakhir dengan satu nasihat doktor dalam suatu temu janji dengannya. kandungan gula dalam darah ku melebihi tahap normal. ini serius. kemungkinan besar boleh membawa kepada obesiti andai tidak dikawal. kalau tahap obesiti maknanya bakal berhadapan dengan penyakit2 serius yang lain. perkataan "obesiti" itu membuatkan ku kecut perut. padahal dari segi luarannya ku bukannya termasuk dalam kategori obes. atau hanya ku yang tidak mahu mengaku. terkesima dengan penilaian diri sendiri.

lebih baik ku mencegah daripada mengubati. batu loncatan untuk berubah bermula. turning point itu bukanlah suatu yang senang dilaksanakan. bukannya sesenang tiap2 butiran nasihat yang keluar dari sepasang bibir. malah menuntut pengorbanan yang besar. harapan demi harapan dipohon hanya kepadaNya. Allah maha mengetahui. doa yang tidak putus2 adalah senjata ku dalam hampir kelewatan ku itu. disertakan usaha2 mengimbangkan diet seharian ku. tekad dan nekad. tiada ungkapan yang sesuai untuk memberi erti "seksa" yang teramat dalam usaha ku menghilangkan ketagihan coklat. saban hari hanya ku yang mengerti erti ketagihan. mungkin ketagihan coklat tidaklah sehebat ketagihan dadah. namun ketagihan itu sudah cukup terbeban. sampai ke saat ini, gambar coklat pun boleh mengiurkan ku. berbeza dengan kempunan akan jeruk mempelam. tersenyum sinis. jeruk dan coklat dua makanan yang berbeza. kepala ku mengangguk.

ku kembali ke alam nyata apabila diBUZZ oleh walisongo. mungkin agak lama ku diam tanpa balasan. termenung di depan komputer bukan tabiat asal ku. adakah ini tanda2 kebosanan. melayan fikiran yang entah kemana2. dia meminta diri untuk sign off kerana ada kerja yang perlu diselesaikan, mungkin. teringatkan janji ku dengan abang, ku hanya mengiakan. kelam kabut bersiap seusai ku solat asar. abang tak ubah seperti ibu. bebelan abang meleret panjang. kebisingan. takut kelewatan untuk menonton pertandingan bola sepak antara kampung. hari ini merupakan penentu suku akhir. khabarnya sudah seminggu pertandingan ini berlangsung. sejak itu juga, akulah satu2nya pengangkutan abang untuk ke sana. malas untuk mengambil kisah apa yang dibebelkannya. ku membawanya ke padang bola dengan menunggang motor kapcai milik ayah. ku tinggalkan abang di sana dengan minatnya. ku membawa diri melewati jalan2 kampung sambil menikmati setiap panorama kampung yang telah lama ku tinggalkan.

azan isyak bergema di ruang legar kampung ku. ku yang tertidur sebentar selepas solat maghrib, bangkit menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. suara ayah memanggil ku dan adik2 kedengaran tegas. tugas seorang ketua sebuah rumah tangga. memastikan tempat teduhan bagi isteri dan anak2nya sebagai sebuah tempat yang penuh dengan sinaran didikan Islam. itulah rutin ayah. mengimamkan tiap2 waktu solat jika ayah punya ruang masa di rumah. tazkirah ringkas yang ayah sampaikan cukup terkesan di hati ku. malam itu, ayah membacakan surah an-Nur ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

tuduhan fitnah yang menimpa Aisyah r.a cukup menjadi pengajaran buat diriku. peristiwa besar ini kekal termaktub di dalam al-Quran. Allah meyakinkan rasulullah dengan kalimah "wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" ketika suasana masyarakat kecoh memperkatakan tentang kecurangan isterinya. ayat itu diturunkan sebagai jawapan kepada rasulullah mengenai fitnah yang menimpa isterinya, Aisyah r.a dan satu amaran akan tuduhan zina terhadap perempuan yang baik. lihatlah betapa bahana fitnah yang bisa menggoyah keharmonian rumah tangga. ku mengiakan dalam diam. fikiran ku terus melayang. teringat akan perbualan ku dengan walisongo petang tadi. ada sesuatu yang menarik perhatian ku tentangnya.

Sunday, November 1, 2009

Sisa Kasih Sayang

Posted by Ina zz at 1:30 AM 0 comments
tiada niat untuk memperkatakan tentang asal usul gambar ini. tidak diketahui samada ia suatu yang realiti ataupun sekadar rekaan grafik semata2. ada yang menjadikan gambar ini sekadar gurauan. tetapi hati ini tersentuh dengan hanya sekali pandang. mengiyakan inilah hakikat sebuah ikatan kasih sayang. antara manusia dan makhluk Allah swt.

jelas kelihatan askar itu berpakaian kemas dan sedang bertugas. tangan itu yang memegang senjata dan tangan itu juga membelai seekor kucing. kasih sayang dalam diri seorang insan tetap terpancar walaupun dia berjiwa wira.

sama ada ingin dinafikan melalui tutur kata atau kaku dalam perbuatan. kasih sayang itu tetap ada. diluahkan dalam keadaan sedar atau tidak sedar dek bunga2 kasih sayang yang sememangnya berbunga indah di taman hati. inilah anugerah yang tidak pernah dipinta tetapi dilemparkan ke dalam hati agar bisa berkasih sayang sesama manusia dan juga makhluk Allah yang lain.
lihatlah dengan mata hati yang suci. betapa di dunia ini, kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya mengelilingi diri kita. segala2nya cukup. cukup untuk berfikir bagi yang berakal. jadikanlah sisa2 kasih sayang yang tinggal kembali memenuhi ruang hati. moga tiada "kejam" merajai dan mengawal segala tindak tanduk. mengapa harus mencemarkan bunga2 kasih sayang dengan racun kekejaman?
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review