Showing posts with label kaca mataku. Show all posts
Showing posts with label kaca mataku. Show all posts

Friday, April 5, 2013

htc butterfly vs xperia z

Posted by Ina zz at 12:29 AM 0 comments
keinginan untuk memiliki gadget 5 inch ni daa melebihi segala keinginan2 yg lain..paling teruk, almost everyday..ku akan mengadap lappy, semata2 nak mencari info tentang dua gadget yg boleh dikatakan bagus *boleh la* untuk ketika ini..daa macam2 website ku jelajah and then ku jump into a conclusion its all depends on individual preferences *pulaks* but really hope more improvements in future especially for htc *keep up a good work, im support u till now*..

personal opinion of cos HTC Butterfly..walaupun Xperia Z lebih bergaya dan memiliki camera yg ag bagus n bla bla bla yg bagus macam2 ag pasai xperia Z, HTC butterfly ttap jd choice ku..reason behind this..i dont know or mybe ku HTC user..

tetapi both device ni still ag out of budget ku..jd semangat untuk memiliki mesti dimulakan dengan usaha yg gigih * jimat dan simpan*..xpun tunggu je bonus tahun ni..abis cerita..

every victory in this life was just started with a dream or another phrase?

a dream came true!!!!

Sunday, June 10, 2012

happiness inside YOU

Posted by Ina zz at 1:38 AM 0 comments
no one is in charge happiness in your life except YOU..make peace with the past, so it never mess up your present..and don't compare your life to others because you have no idea what their journey all about.

don't take yourself so seriously because no one else does. even life is seen not fair but it is still good. all realize life is a school and you are here to learn, pass all your tests. meanwhile, problems is a part of curriculum that appear and fade away like algebra class but the lesson you learn will last a lifetime.

forgive everyone for everything..what other people think about you is none of your business. time heals almost everything, so give time, time.

Sunday, June 3, 2012

happY..i LIKE!

Posted by Ina zz at 11:45 AM 0 comments

ase puas ati meng"makeover"kan blog ku..juz guna template y sedia ada sudaa..adjust sket2 kasi nmpk nice..

TINGGGGG!!!!!

kelabu pink..

comey gk gabungan dua color yg bkn favorite ku ni..huuuuuuu..dari semalam ag ku duk mencari blog template utuk tukaq template lame..bkn pe..mcm gelap semacam jew yg dulu tu..nak wat cmne "senjakala malam tiba"..cmne tu??..pkir la sendiri,nak tunjuk pun..dah tukaq ke yg lbih simple..lega sket mata ku y mnengok yg ni..

harap2 yg mengunjungi blog ni lebih ska template y simple ni..

Friday, August 6, 2010

What u ThinK

Posted by Ina zz at 1:13 PM 0 comments



cakap pasai makanan..macam2 nak makan kan??..pagi nak makan..tengah hari nak makan..petang nak makan..malam pun nak makan..maknanye..kitaran nak makan ni seperti roda..berulang-ulang..dari hari ke hari..em..da lumrah manusia, makan kan suatu keperluan asas..hehehe..

kalu nak makan mesti kena taw pe makanan yang nak dimakan, dimana, bagaimana, dan bila nak makan..heee..makan, makan jugak..tapi 1 ramadhan dah hampir dekat..persiapkanlah diri..tambahkanlah amal..kuatkanlah iman di dada..dan..sambutlah bulan ramadhan dengan gembira!..jom!!!

Monday, July 12, 2010

cuba berfikir

Posted by Ina zz at 5:39 PM 2 comments
sudah hampir 3 bulan..
mencari2 jalan2 yang ingin sekali ku memulakan langkah pertama..
ya..langkah baru setelah tamat pengajian..

sambung blaja?

cari kerja?

bukak niaga?

em..

dah lame menelaah mencari idea..kadang2 sampai terbawak ke alam mimpi..mujur jugak takde tekanan dari orang sekeliling..cume kadang2 t'dgr jugak jiran2 sebelah rumah mengata2..peduli ape ku kata2 depa..yang penting sekarang..cari dulu pe jalan yang harus ku mulakan langkah pertama..pe yang ku nak buat..

kalau dah malas nak sambung blaja (erk..bkn mlas..KIV lu..lagipun memang niat menggunung tinggi nak sambung blaja..apakan daya..restu ibu bapa is the number one kalu nak wat pe2 apatah lagi nak blaja..huhu sabar ye)..yang ni memang dah masuk blacklist..huu

cari kerja??em..kerja ape?em..rezeki tu ade kat mane2..lambat atau cepat..dari duk tunggu melalut baik cari kerja part time..leh isi mase lapang sementara tunggu kerja tetap..jangan bekukan kepala dari terus tidak berfikir..fikir..fikir..fikir..

9/10 keuntungan tu datangnya drpd perniagaan..bab kate usahawan..niaga ni de 2 je pengakhiran..satu berjaya dan terus berjaya..satu lagi gagal tetapi harus bangkit semula..pe2 hal kena berani amik rsiko..bukan nak crite pasai pe yang akan jadi pada masa akan datang..sbb tiada sape pun tahu pe yang jadi esok..tetapi macam mane nak mulakan langkah pertama kalu nak ceburi bisnes ni..em..fikir..fikir..fikir..xmao fikir..bace buku niaga!

yes! ku mesti buat keputusan..dan selebihnya serahkanlah kepadaNya..yang maha pemurah dalam menurunkan rezeki untuk setiap makhlukNya..


Monday, May 3, 2010

pautan

Posted by Ina zz at 8:51 PM 0 comments
masa lapang yang terbuang..terisi dengan menatap artikel2 santai dalam akhbar i luv islam..tetiba aku terpaut pada satu sajak "pautan"..seolah2 membangkitkan apa yang terkurang dalam diri aku..sajak ini dinukilkan oleh Mohd Fadzil Yusof dari Teluk Intan..hasil karya ni bukan hak milik aku tp aku cukup terkesan dengan bait2 karya yang penuh dengan nasihat..terimalah..

Pautan

Berpautlah pada dahan yang kuat
Diketahuilah akarnya yang menunjang ke perasaan
Dari akal yang waras
Tidak mudah tumbang, selagi
Siklon nafsu tetap terkurung
Dalam sangkar kecewa dan kasmaran sendiri
Kemerdekaan sudah bersipongang dari daksina
Memecah tandu madu yang manis dalam pencarian
Tiada guna bergudah gulana tanpa semangat kata kata
Kerna kata2 membisu dalam fikir terpasung
Ke hujung benda kaku memalu gendang domba
Menjulang watak diri yang keliru
Di persimpangan abad 21 ini
Yang lewat kau tafsirkan sebagai kenyataan
Demi satu medan yang mesti kau kalahkan
Bukan mencari batu2 di pantai menyalutnya
Dengan seribu ragu dan sangsi titik persoalan
Begeraklah dari diammu yang lamban
Menyebarkan cahaya dirimu ke labirin fikiran
Bukan menanti masalah dengan sendu penyesalan

~aku juga pernah tersungkur..mengharapkan satu kedatangan yang menguntungkan dengan hanya satu penantian yang menyakitkan..kaki kaku..fikiran buntu..hati keliru.pandangan hanya terulang tayang pada pandangan yang lalu..walaupun hakikat dihadapan aku tidak sedemikian..percaya atau tidak, satu paksi yang merubah diri aku adalah pautan yang kukuh yang telah terbina dalam diri aku..walaupun satu ketika, paksi itu juga pernah goyah! aku juga manusia biasa yang harus bangkit!!

Tuesday, April 13, 2010

kembali..

Posted by Ina zz at 11:27 AM 0 comments
kembali dari pengembaraan yang panjang..kembali berpijak di bumi yang nyata..kembali ke pangkal jalan..kembali menulis diruang blog yang sudah berbulan2 terbengkalai..ya..sudah agak lame tidak menulis di ruangan ini..di teratakKJ aku yang usang..

bukan tiada masa untuk menulis sepanjang waktu itu..bukan tiada idea untuk memulakan tinta..bukan juga kekangan kerja yang melambak2..tapi entah la mengapa hati dan tangan aku susah sangat nak menaip khasnya untuk blog ini..mungkin juga aku tidak mahu menulis pe2 perkara dalam keadaan hati aku yang cukup lemah dan kekuatan yang tahap minima..mungkin juga aku tiada mood untuk menulis..tapi itu bukan penghalangnya..kerna melalui coretan tinta ini..aku boleh meluahkan segala ape yang ade dalam diri aku..memberikan ketenangan dan kebahagian hati aku..

cume satu aje yang aku tahu sekarang..masa yang lalu xkan kembali..masa hadapan satu yang tiada kepastian..tetapi hari ini satu anugerah untuk aku kembali menulis..menulis pe2 sahaja..meneruskan ape yang terbengkalai..ya..aku tahu aku perlu teruskan perjuangan aku! chaiyopp!!!!!

Friday, January 29, 2010

promise is janji

Posted by Ina zz at 9:50 PM 0 comments
"jangan pandai mengukir janji andai tidak upaya untuk melaksanakannya" kata2 ini masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga. tika kisah seorang suami yang pernah melafazkan janji akan menjaga istrinya sehingga akhir hayatnya masih segar. penyakit lupa istrinya, membuatkannya tertekan. dilema. antara janji dan hidupnya. pelbagai cara dilakukan untuk mengelak dari istrinya. akhirnya, si suami tekad untuk melaksanakan janjinya. hanya untuk istri tersayang. itulah punca kebahagiaan hatinya.

sejauh mana kuatnya janji manusia sesama manusia. ringan bersuara melafazkan janji. pandai menabur janji. namun, adakah janji itu dikotakan? sebanyak manakah janji itu dilaksanakan? janji yang dilupakan. janji yang luput ditelan waktu. kealpaan dalam melaksanakan janji. hakikatnya, banyak janji yang tinggal janji. apakah ada insan yang menderita kerana janji. janji yang terbengkalai. jika YA, pasti insan itu menderita. kerana mendambakan buah yang takkan gugur. menunggu kucing bertanduk. penantian yang menyeksakan. membuatkan hati terguris dalam. menyesakkan nafas kehidupan. sedar dalam terlena akan mustahilnya untuk penabur janji merungkai talian janji.

bangkitlah. bukalah seluas2nya pandangan mata dan hati yang terbuta dek janji2 manis. adakah perlu menderita kerana janji manusia yang tak semestinya dikotakan. sayangilah diri sendiri. ingatlah hanya janji Allah itu yang pasti! peganglah janjiNya seerat2nya. jangan dilepaskan. tidak di dunia pastinya di akhirat kelak. yakinlah. tiada sebenar2 janji melainkan janjiNya untuk hamba2Nya yang ikhlas dalam melaksanakan perintahNya.

Monday, January 25, 2010

setinta untukmu, sahabat

Posted by Ina zz at 9:43 PM 0 comments

kesekian kali,
ku tak mahu kehilangan lagi,
namun apakan dayaku,
tiada kudrat melawan takdirMu,
yang maha Kuasa,
yang maha Esa,
pergimu tanpa ucapan,
tanpa pesanan,
menghilangkan kesabaran,
meruntuhkan kesabaran,
air mata mencurah laju,
tak tertahan olehku,
sedih..
pedih..
sayu..
pilu..
yang menemaniku,
tika itu,
ku tersungkur,
dalam sujud ku akur,
mohon rohmu bersama roh2 insan beriman,
redhaku dalam keterpaksaan,
walaupun masih menanti,
dirimu yang takkan kembali...

Monday, January 18, 2010

Pergi Yang Tak Kembali..

Posted by Ina zz at 10:28 PM 0 comments
antara satu perkara yang termaktub dalam kehidupan di dunia ini adalah kematian. suatu hal yang sudah tidak dapat dielakkan. kerana tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. setinggi manapun kasih sayang insan itu. sebesar manapun jasa dan pengorbanan insan itu. sekuat manapun lantangnya suara dakwah insan itu. andai sampai detik waktu dan ketikanya ajal, pasti akan dipanggil mengadap Allah yang maha Hidup dan yang Berdiri dengan sendirinya. siapalah kita yang lemah lagi hina dalam usaha menghalang segala takdir ketentuan Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa dalam perancanganNya.

perasaan sedih, pilu dan sayu pasti menjadi teman kala berita kematian itu diterima. air mata dicurahkan. sebak yang tak tertahan andai tangisan itu cuba dilawan. sayang untuk yang pergi akan kekal dan menyubur di dalam hati yang menyayanginya walaupun sudah tiada. tanpa jasad, rindu dan sayang bisa mewangi kerana kelakuan dan tindakan arwah disenanggi orang sekeliling ketika hidup. amatlah bertepatan dengan pepatah melayu. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. sedarlah. inilah fitrah manusia yang pasti akan menangisi kepemergian insan yang disayangi.

kematian insan juga adalah satu peringatan kepada yang masih hidup. satu petanda bahawa kematian itu sentiasa hampir. datangnya tanpa amaran, tanpa kata2 ataupun tanpa tulisan. terpisah roh dan jasad tepat pada waktunya. tanpa bertangguh. untuk yang telah pergi, hadiahkan sejata kita sebagai orang mukmin kepadanya, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan segala amalannya diterima oleh Allah SWT.


Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun 2009

Posted by Ina zz at 8:45 PM 0 comments
esok hari terakhir di tahun 2009. dan lusa adalah hari pertama di tahun 2010. tahun masihi yang datang dan pergi. memberikan bermacam pengalaman pahit, manis, tawar, masam, dan pelbagai citrarasa. mewarnai tiap2 jalan yang dilalui. 1 muharam yang datang terlebih dahulu. mengesahkan tahun ini bakal/telah ditinggalkan. tahun yang baru di sambut. samada secara sedar atau tidak sedar. hari demi hari berlalu. minggu demi minggu jua berlalu. berbulan kini berganti tahun. namun sejauh manakah peningkatan diri sendiri?

adakah peningkatan terhadap diri?
dari segi agama?
dari segi akhlak?
dari segi ilmu?
dari segi amal?
dari segi keluarga?
dari segi kerjaya?

atau masih di takuk lama....

ku termenung dan ingin kau juga termenung..apakah yang telah dilakukan selama setahun yang berlalu..adakah terisi atau sia-sia...

Sunday, October 11, 2009

Apa Ada Pada Cinta

Posted by Ina zz at 7:42 PM 0 comments
Bercakap je pasal cinta, semua orang pasti terpegun. yang dah tido2 ayam, bangun. yang tengah makan, berhenti. yang tengah berborak, diam. semua bagi fokus sepenuhnya. hehe..harap2 dapat fokus dan faham=).

cinta dan bercinta, dua perkara yang berbeza.

cinta adalah perasaan yang lahir secara fitrah dari hati yang tulus. pastinya ia suci tanpa noda. cinta inilah juga anugerah yang tak ternilai. kurniaan Allah untuk hamba2Nya. memang tidak boleh nafikan, sungguh indah perasaan ini jika ia ditatang pada jalan yang sahih. saluran yang benar, akan membawa ke syurga duniawi dan ukhrawi.

bercinta pula merujuk kepada perlakuan untuk mengexpressikan cinta. mungkin dengan cara yang halal dan mungkin juga dengan cara yang salah.

bercintalah selepas nikah. inilah sebetul2nya tetapi tidak bermakna tiada rasa cinta sebelum nikah. inilah satu cabaran untuk merasai kenikmatan cinta. kemanisan itu pastinya akan dirasai tiap yang menjaga cintanya dengan sebaik-baiknya dan bercinta dengan orang yang selayaknya (suami/isteri). tawanlah nafsu jangan sampai terbercinta.

AWAS! cinta boleh ternoda kerana maksiat. Ini contoh yang paling senang;

di kedai makan..
kelihatan M dan F sedang rancak berborak.
Nampak dua2 mcm "alim" dan "soleh".
dua orang ni berlainan jantina.
guna meja sampai dua.
sorang duduk di satu hujung meja.
lagi sorang dihujung meja yang lain.
di khalayak ramai.

dalam situasi di atas, ada yang kurangnya. lagaknya macam couple yang lain (couple disini merujuk kepada pasangan remaja yang sedang hangat bercinta bukannya suami istri) tetapi bezanya ada batasan yang dilakukan; (inilah salah satu matlamat tidak menghalalkan cara)

1) guna sampai 2 meja. (jarak yang dilakukan memang jauh, jauuuuuuuuuh sangat la tu)
2) dating di khalayak ramai. (ye la, malas nak main sembunyik2 kan. boleh ke jumpa terang2 ni?? berilah ketenangan pada mata orang yang memandang. Jangan biarkan maksiat menjadi perkara normal pada mata sesama muslim.)

satu lagi persoalan timbul, adakah batasan itu benar2 akan menjadi perlindungan pada cinta yang suci. SAH! cinta dah ternoda kerana;

interaksi mereka hanya berdua. itulah sebab digelar dating. syaitan tidak segan silu menumpang kasih. tiada susahnya membawa mahram/teman lain untuk turut sama. sesungguhnya, lebih baik andai lelaki itu datang approach mak ayah perempuan kan?? pe2 hal tanya aje bakal ayah/mak mertua. mereka lebih kenal anak mereka. carilah jalan yang kelihatannya tiada fitnah ketika melaluinya.

simpulan akhir;

andai berpakaian sebagai muslim/muslimah..berwatakkanlah sebagai seorang yang berilmu. kata orang, dari pakaian boleh menilai karakter seseorang. Tiada apa pada pakaian kalau tiada ilmu. (toin22, nasihat pedas untuk diriku, huhu~~). jangan biarkan orang menoleh dan berkata;

" xpadan dengan rupe nampak alim ulamak, tp lebih kurang je".

jadilah seperti permata di antara pepasir di pantai. lain dari yang lain. unik & berbeza untuk kebaikan agama dan iman, dunia & akhirat.

salah bercinta pastinya tidak menghalalkan cinta melainkan bercinta dengan sebaik2 jalan yang Allah tunjukkan iaitu melalui pernikahan. Nikah, jalan yang halalkan cinta. dalam kata lain, ubat cinta hanyalah nikah!
kiranya sudah bertunang, itu pun bukanlah green light untuk bercinta. bawa teman! senang2kanlah.

ada apa pada cinta? andai ianya ternoda..
ada apa pada cinta? andai dikuasai nafsu..
ada apa pada cinta? andai terleka n terlena..
ada apa pada cinta? andai hanya untuk dunia semata2..
 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review