Monday, May 3, 2010

pautan

Posted by Ina zz at 8:51 PM 0 comments
masa lapang yang terbuang..terisi dengan menatap artikel2 santai dalam akhbar i luv islam..tetiba aku terpaut pada satu sajak "pautan"..seolah2 membangkitkan apa yang terkurang dalam diri aku..sajak ini dinukilkan oleh Mohd Fadzil Yusof dari Teluk Intan..hasil karya ni bukan hak milik aku tp aku cukup terkesan dengan bait2 karya yang penuh dengan nasihat..terimalah..

Pautan

Berpautlah pada dahan yang kuat
Diketahuilah akarnya yang menunjang ke perasaan
Dari akal yang waras
Tidak mudah tumbang, selagi
Siklon nafsu tetap terkurung
Dalam sangkar kecewa dan kasmaran sendiri
Kemerdekaan sudah bersipongang dari daksina
Memecah tandu madu yang manis dalam pencarian
Tiada guna bergudah gulana tanpa semangat kata kata
Kerna kata2 membisu dalam fikir terpasung
Ke hujung benda kaku memalu gendang domba
Menjulang watak diri yang keliru
Di persimpangan abad 21 ini
Yang lewat kau tafsirkan sebagai kenyataan
Demi satu medan yang mesti kau kalahkan
Bukan mencari batu2 di pantai menyalutnya
Dengan seribu ragu dan sangsi titik persoalan
Begeraklah dari diammu yang lamban
Menyebarkan cahaya dirimu ke labirin fikiran
Bukan menanti masalah dengan sendu penyesalan

~aku juga pernah tersungkur..mengharapkan satu kedatangan yang menguntungkan dengan hanya satu penantian yang menyakitkan..kaki kaku..fikiran buntu..hati keliru.pandangan hanya terulang tayang pada pandangan yang lalu..walaupun hakikat dihadapan aku tidak sedemikian..percaya atau tidak, satu paksi yang merubah diri aku adalah pautan yang kukuh yang telah terbina dalam diri aku..walaupun satu ketika, paksi itu juga pernah goyah! aku juga manusia biasa yang harus bangkit!!

Tuesday, April 13, 2010

kembali..

Posted by Ina zz at 11:27 AM 0 comments
kembali dari pengembaraan yang panjang..kembali berpijak di bumi yang nyata..kembali ke pangkal jalan..kembali menulis diruang blog yang sudah berbulan2 terbengkalai..ya..sudah agak lame tidak menulis di ruangan ini..di teratakKJ aku yang usang..

bukan tiada masa untuk menulis sepanjang waktu itu..bukan tiada idea untuk memulakan tinta..bukan juga kekangan kerja yang melambak2..tapi entah la mengapa hati dan tangan aku susah sangat nak menaip khasnya untuk blog ini..mungkin juga aku tidak mahu menulis pe2 perkara dalam keadaan hati aku yang cukup lemah dan kekuatan yang tahap minima..mungkin juga aku tiada mood untuk menulis..tapi itu bukan penghalangnya..kerna melalui coretan tinta ini..aku boleh meluahkan segala ape yang ade dalam diri aku..memberikan ketenangan dan kebahagian hati aku..

cume satu aje yang aku tahu sekarang..masa yang lalu xkan kembali..masa hadapan satu yang tiada kepastian..tetapi hari ini satu anugerah untuk aku kembali menulis..menulis pe2 sahaja..meneruskan ape yang terbengkalai..ya..aku tahu aku perlu teruskan perjuangan aku! chaiyopp!!!!!

Friday, January 29, 2010

promise is janji

Posted by Ina zz at 9:50 PM 0 comments
"jangan pandai mengukir janji andai tidak upaya untuk melaksanakannya" kata2 ini masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga. tika kisah seorang suami yang pernah melafazkan janji akan menjaga istrinya sehingga akhir hayatnya masih segar. penyakit lupa istrinya, membuatkannya tertekan. dilema. antara janji dan hidupnya. pelbagai cara dilakukan untuk mengelak dari istrinya. akhirnya, si suami tekad untuk melaksanakan janjinya. hanya untuk istri tersayang. itulah punca kebahagiaan hatinya.

sejauh mana kuatnya janji manusia sesama manusia. ringan bersuara melafazkan janji. pandai menabur janji. namun, adakah janji itu dikotakan? sebanyak manakah janji itu dilaksanakan? janji yang dilupakan. janji yang luput ditelan waktu. kealpaan dalam melaksanakan janji. hakikatnya, banyak janji yang tinggal janji. apakah ada insan yang menderita kerana janji. janji yang terbengkalai. jika YA, pasti insan itu menderita. kerana mendambakan buah yang takkan gugur. menunggu kucing bertanduk. penantian yang menyeksakan. membuatkan hati terguris dalam. menyesakkan nafas kehidupan. sedar dalam terlena akan mustahilnya untuk penabur janji merungkai talian janji.

bangkitlah. bukalah seluas2nya pandangan mata dan hati yang terbuta dek janji2 manis. adakah perlu menderita kerana janji manusia yang tak semestinya dikotakan. sayangilah diri sendiri. ingatlah hanya janji Allah itu yang pasti! peganglah janjiNya seerat2nya. jangan dilepaskan. tidak di dunia pastinya di akhirat kelak. yakinlah. tiada sebenar2 janji melainkan janjiNya untuk hamba2Nya yang ikhlas dalam melaksanakan perintahNya.

Monday, January 25, 2010

setinta untukmu, sahabat

Posted by Ina zz at 9:43 PM 0 comments

kesekian kali,
ku tak mahu kehilangan lagi,
namun apakan dayaku,
tiada kudrat melawan takdirMu,
yang maha Kuasa,
yang maha Esa,
pergimu tanpa ucapan,
tanpa pesanan,
menghilangkan kesabaran,
meruntuhkan kesabaran,
air mata mencurah laju,
tak tertahan olehku,
sedih..
pedih..
sayu..
pilu..
yang menemaniku,
tika itu,
ku tersungkur,
dalam sujud ku akur,
mohon rohmu bersama roh2 insan beriman,
redhaku dalam keterpaksaan,
walaupun masih menanti,
dirimu yang takkan kembali...

Monday, January 18, 2010

Pergi Yang Tak Kembali..

Posted by Ina zz at 10:28 PM 0 comments
antara satu perkara yang termaktub dalam kehidupan di dunia ini adalah kematian. suatu hal yang sudah tidak dapat dielakkan. kerana tiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. setinggi manapun kasih sayang insan itu. sebesar manapun jasa dan pengorbanan insan itu. sekuat manapun lantangnya suara dakwah insan itu. andai sampai detik waktu dan ketikanya ajal, pasti akan dipanggil mengadap Allah yang maha Hidup dan yang Berdiri dengan sendirinya. siapalah kita yang lemah lagi hina dalam usaha menghalang segala takdir ketentuan Allah yang maha Besar dan maha Berkuasa dalam perancanganNya.

perasaan sedih, pilu dan sayu pasti menjadi teman kala berita kematian itu diterima. air mata dicurahkan. sebak yang tak tertahan andai tangisan itu cuba dilawan. sayang untuk yang pergi akan kekal dan menyubur di dalam hati yang menyayanginya walaupun sudah tiada. tanpa jasad, rindu dan sayang bisa mewangi kerana kelakuan dan tindakan arwah disenanggi orang sekeliling ketika hidup. amatlah bertepatan dengan pepatah melayu. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. sedarlah. inilah fitrah manusia yang pasti akan menangisi kepemergian insan yang disayangi.

kematian insan juga adalah satu peringatan kepada yang masih hidup. satu petanda bahawa kematian itu sentiasa hampir. datangnya tanpa amaran, tanpa kata2 ataupun tanpa tulisan. terpisah roh dan jasad tepat pada waktunya. tanpa bertangguh. untuk yang telah pergi, hadiahkan sejata kita sebagai orang mukmin kepadanya, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan segala amalannya diterima oleh Allah SWT.


Damba Sinar Mentari

Posted by Ina zz at 9:05 PM 0 comments
masa berlalu..
masih lagi disitu..
hidup yang kaku..
menghitung dentingan layu..

apakan daya yang tak termilik..
tiada gah untuk sendiri berdiri..
terpamer senyuman terbalik..
terkabur pilu dari realiti..

tika bergenang kolam mata..
tika remuknya merah hati..
tika kelunturan warna semangat..
tika kosongan kekuatan melanda..

Mendambakan sinar mentari esok ..
Menyinari gemilang..
Menghangatkan kelesuan..
Memenuhi di pelosok kerajaan hati..

dan wajib terus bangkit..

Wednesday, December 30, 2009

penghujung tahun 2009

Posted by Ina zz at 8:45 PM 0 comments
esok hari terakhir di tahun 2009. dan lusa adalah hari pertama di tahun 2010. tahun masihi yang datang dan pergi. memberikan bermacam pengalaman pahit, manis, tawar, masam, dan pelbagai citrarasa. mewarnai tiap2 jalan yang dilalui. 1 muharam yang datang terlebih dahulu. mengesahkan tahun ini bakal/telah ditinggalkan. tahun yang baru di sambut. samada secara sedar atau tidak sedar. hari demi hari berlalu. minggu demi minggu jua berlalu. berbulan kini berganti tahun. namun sejauh manakah peningkatan diri sendiri?

adakah peningkatan terhadap diri?
dari segi agama?
dari segi akhlak?
dari segi ilmu?
dari segi amal?
dari segi keluarga?
dari segi kerjaya?

atau masih di takuk lama....

ku termenung dan ingin kau juga termenung..apakah yang telah dilakukan selama setahun yang berlalu..adakah terisi atau sia-sia...

 

Usang@KJ Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review